Saturday, July 15, 2006

Apa erti CINTA sebenar????

Bila kita berbicara mengenai cinta, apa yang kita tahu sebenarnya dengan maksudnya.Adakah cinta ini sebenarnya satu perkara yang abstrak dan memang susah ditafsir atau adakah cinta ini, maksudnya terletak pada seseorang kerana setiap persepsi seseorang itu terhadap cinta memang berlainan. Jawapannya insyaAllah kita bincangkan bersama kerana ilmu yang berada di dada saya ini tidaklah terlalu banyak.

Mengapa tiba-tiba saya menyentuh bab yang boleh dikatakan sensitivitinya amat tinggi di kalangan muda-mudi zaman ini?? Tiba-tiba saya teringat ketika saya di bangku persekolahan dulu. Waktu tu darjah 3. Sekolah rendah agama masa tu menganjurkan summer camp atau lebih di kenali lagi dengan khemah ibadah atau tarbiyah. Teringat akan lagu tema program tu yang sentiasa dialunkan oleh penganjur dalam program tu dan kitorg peserta diwajibkan untuk menghafal dan mengalunkan bersama-sama lagu tu. Nak tahu camner lagu dia :

"Cinta 5 perkara"

Cinta kepada Allah,
Cinta Rasul, Cinta IbuBapa,
Cinta kepada ummah,
Cinta kepada kecemerlangan.

(lagu yang sangat singkat tapi mempunyai maksud yang amat mendalam)

Mari kita bahaskan tentang lima perkara yang menjadi asas dalam lagu di atas,

1. Cinta kepada ALLAH

Bila kita bercakap tentang ALLAH, cinta yang sebenar yang perlu ditunjukkan kepada-Nya adalah melalui ibadah kepada-Nya. Saya boleh kata jawapan ini kurang tepat(Fahamkan maksud kurang tepat dengan salah.). Kerana apa saya cakap jawapan ini kurang tepat?? Kerana cinta kita kepada ALLAH dilahirkan dengan iman, aqidah dan paling tepat sekali dengan ilmu dan dipraktikkan dengan ibadah kepada-Nya. Melalui ilmu kita mengetahui pencipta sebenar kita dan bila kita dah mengetahui akan lahirlah rasa cinta yang sebenar. Cinta yang agung melebihi segala-galanya.
Contohnya lihat kepada cinta Rabiatul Adawiyah kepada ALLAH dan Rasul-nya..

Rabiatul adalah seorang wanita yang paling warak dan zuhud, wanita yang mendapat taraf wali Allah. Tidak berlebihan bahawa Rabiatul adalah wanita yang paling cinta dan taat pada Allah Rasulnya yang pernah hidup selepas contoh teladan dan ikutan Ummatul Mukminin. Selama lebih kurang 80 tahun kehidupan Rabiah senantiasa penuh dengan zikir kepada Allah, anggota tubuhnya kurus kering kerana, malamnya penuh dengan tahajjud dan munajat, siangnya penuh dengan puasa dan majlis ilmu dan hikmat. Makanannya cukup dengan sepotong roti kering, sekadar pengganjal perut, kadangkala jika Rabiah terlalu miskin dengan harta dunia, masih ada orang yang menyangka bahawa Rabiah menyimpan harta di rumah gubuk yang sudah reput itu.

Seperkara lagi perlu diingat, asal cinta sebenarnya adalah dari ALLAH sendiri...Dunia ini dicipta atas dasar cinta pencipta kepada hamba-Nya, tidak lahir cinta dan juga kita melainkan cinta ALLAH kepada hamba-Nya sendiri.
(Perbetulkan diri in jika salah..)

Photobucket - Video and Image Hosting
Masya Allah indahnya...

2. Cinta kepada Rasul

Mari kita lihat apa yang dikatakan cinta kepada Rasul. Ajaran dan ilmu yang kita terima hari ini tidak akan sampai kepada kita jika bukan kerna usaha-usaha Rasul dan sahabat2 baginda. Dalam konteks zaman sekarang nih, cinta kita kepada Rasul amat dikagumi oleh Rasulullah pada masa baginda hidup, kerana apa?? kerana umat sekarang nih cinta kepada baginda dan turuti segala ajaran yang baginda bawa tapi tiadalah dari mereka seorang pun melihat wajah, kepimpinan, serta kejujuran baginda dalam memperjuangkan agama Allah. Dalam konteks lain,
Ada ulama bersepakat mengatakan :"Cinta kepada Rasul adalah meyakini kemenangannya, membela sunnahnya, tunduk kepada perintahnya dan takut menyalahi larangannya". berkata :"Makna Cinta adalah rindu kepada yang dicintai". Sebahagian ulama yang lain mengatakan :"Cinta adalah kesepakatan hati dengan keinginan ilahi, mencintai apa yang Dia cintai dan membenci apa yang dia benci". (Lihat Syarah Asy-Syifaa 2/578-579).

Photobucket - Video and Image Hosting
Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w..

3. Cinta kepada IbuBapa

Apa yang kita faham tentang cinta kita kepada ibubapa. Adakah bersahaja dengan mematuhi perintah dan menjauhi larangan mereka?? Cinta yang perlu dilahirkan kepada ibubapa terbahagi kepada 2, di mana cinta kita kepada mereka ketika mereka masih hidup dan cinta kita kepada mereka ketika diorang telah meninggalkan dunia ini. Ingatlah ibu bapa dalam konteks mereka menjaga kita tiada syarat yang mereka pinta, mereka memberi tanpa meminta balasan, memberi tanpa diminta oleh kita, mereka juga memberikan sesuatu yang amat berharga dan berupa kebaikan untuk diri kita. Redha ALLAH terletak pada redha kedua-duanya. Janganlah kita menyakiti hati keduanya ketika mereka masih hidup dan janganlah kita lakukan perkara keji ketika diorang telah pergi meninggalkan dunia kerana dengan perbuatan kita akan menyebabkan kedua-duanya terseksa. Doakanlah kebahagiaan mereka di kala anda sedih, gembira dan di mana jua anda berada. Doa-doamu kepada mereka amat diperlukan untuk amalan mereka. Kelak kita akan dibalas dengan kebaikan dengan anak yang soleh. Kelakuan kita kepada kedua ibu-bapa kita akan mempengaruhi kelakuan anak kita terhadap kita sendiri.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Ameen.

Photobucket - Video and Image Hosting
My Parent..

4. Cinta kepada ummah

Cinta yang selalunya menjadi konflik dan permasalahan pada zaman kini. Cinta ini mempunyai banyak cabang. Dalam kita membentuk ummah, cinta yang perlu kita pupuk adalah cinta di dalam keluarga dan seterusnya melalui kekeluargaan ini akan membentuk kelompok masyarakat dan kelompok masyarakat ini seterusnya akan membentuk ummah. Cinta kita kepada ummah juga bukan tersekat pada ummah pada masa sekarang nih, kita juga perlu cinta kepada ummah sebelum kita lahid untuk melahirkan semangat perjuangan dalam diri. Lihat bagaimana umat islam dulu mempertahankan agama ALLAH di atas muka bumi ini. Cinta dalam keluarga juga ada bhgnnya. Untuk cinta sbnr sesama manusia mari kita lihat artikel Al-Fadhil Ust Hanafi Abd Rahman (B.A Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar).

Photobucket - Video and Image Hosting
My family..

5. Cinta kepada kecemerlangan

Sape yang taknak cemerlang dalam hidupnya?? Siapa yang taknak hidupnya sentiasa dilimpahi dengan semua benda yang kita nak??? Cinta kepada kecemerlangan juga merupakan salah satu cinta yang sebenar perlu dihalakan. Kecemerlangan membawa martabat dan kecemerlangan mengangkat kemuliaan. Lihat kejayaan umat islam dahulu menjadi faktor kepada musuh2 tunduk kepada kita. Kecemerlangan kita dahulu juga sering dipuji dan mengangkat kemuliaan islam dan sering ajer kejayaan itu dikaitkan dengan agama islam. Kecemerlangan kita pada hari ini adalah untuk membawa kecemerlangan kepada orang lain di kemudian hari. Begitulah untaian kecemerlangan seterusnya akan membawa kepada kejayan keseluruhannya. Sedarlah kita skrg nih benar-benar berada di bawah. Marilah kita bangkit dan ayuh perjuangkan hak-hak yang sememangnya milik kita.

Photobucket - Video and Image Hosting
Apa erti kejayaan sebenar??

So, apa erti cinta sebenar??? Jom kita bincang kat comment..Ingat 5 perkara cinta di atas ni bukan di ambil dari mana-mana hadis atau quran tapi diambil dari lagu yang telah disebutkan kat ats...

Berilah pendapat anda yang bernas...

#Saje sentuh topik ke arah camni sikit pendekatan dia, sbb yang cinta sesama manusia macam kid dah sentuh jer...#

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]sell softwares, [url=http://firgonbares.net/]software selling shops in[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] lp software store store locator software
canada based software [url=http://firgonbares.net/]ADDED Software[/url] buy macromedia
[url=http://firgonbares.net/]2007 academic software[/url] buy cheap software discount coupon
[url=http://firgonbares.net/]buy software from microsoft[/url] share prices software
discount software in [url=http://firgonbares.net/]install oem software[/b]

November 20, 2009 8:27 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home