Nikah vs Couple...
Pernikahan salafusoleh? Aaahhhh .terlalu indah untuk dibayangkan. Betapa tidak. Pernikahan pada waktu itu, tidak boleh disamakan
sama ada dari segi birokrasi persyaratan yang berliku-liku
tidak termasuk pula dengan pelbagai adat resam dan tatacara yang sulit dikaitkan dengan pernikahan
Ini belum lagi mahar yang mahal dan sederet perlengkapan ini dan itu
baik couple dari nikah dulu.....naudzubillahi min zaalik!!!
Semuanya ini menjadikan sebahagian pemuda atau pemudi terpaksa memperpanjangkan masa membujang sehingga batas waktu yang tidak tentu. Soal keperluan biologis? Untuk sementara, mereka masih mampu mengatasinya. Walaupun batas kategori mampu yang dimaksudkan tidak jelas. Bahkan ada pula yang menganggapnya sebagai keperluan lain yang boleh dibeli di luar. Naudzu billah min dzalika.
Bagaimana dengan salafusoleh? Semua itu ternyata tidak ada di dalam kehidupan salafusoleh. Pernikahan mereka mudah, murah, bernilai dan penuh barakah.
salafusoleh mempunyai semangat yang tinggi untuk bernikah. Membujang tanpa uzur syar'i dilarang Rasulullah SAW. Dari sudut yang lain, mereka menyedari, banyak kebaikan yang tidak mungkin mereka temui selain melalui pernikahan. Di sinilah kuncinya, generasi salaf tak pernah bosan terhadap soal pahala dan kebaikan.
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dua rakaat orang yang beristeri itu lebih baik daripada tujuh puluh rakaat orang bujang."
Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, Nikahilah wanita, sebab ia akan mendatangkan kekayaan."
Seorang sahabat yang bernama Syadad bin Aus ra, dengan penuh semangat berkata pada keluarganya, "Nikahkanlah aku, sebab Nabi SAW telah berwasiat kepadaku agar aku tidak bertemu Allah dalam keadaan membujang
Marilah sama-sama kita merenung dan menyingkap kembali beberapa episod pernikahan yang membawa barakah ini
..
vvvv Episod Pernikahan Seorang Hamba vvvv
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Rabi'ah al-Aslamy yang berkata: Aku adalah pelayan Nabi SAW, dan pada suatu hari baginda bertanya kepadaku, Wahai Rabi'ah, adakah engkau tidak ingin menikah?"
Wahai Rasulullah, aku orang miskin yang tak memiliki apa-apa dan saya ingin sekali mengabdi diri kepadamu."
Rasulullah SAW diam sejenak lalu bertanya lagi dengan pertanyaan yang sama. Dan Rabi'ah pun, menjawab sebagaimana jawapannya yang pertama
Rabi'ah kemudian berfikir, "Demi Allah, tentu Rasulullah lebih tahu akan kebaikan diriku di dunia dan akhirat dan apa saja yang boleh mendekatkan diriku kepada Allah. Jika Rasulullah SAW bertanya lagi, maka akan aku jawab bahawa aku mahu menikah"
Untuk kali ketiganya, Rasulullah pun bertanya, "Wahai Rabi'ah, apakah engkau tak mahu bernikah?"
Segera Rabi'ah menjawab, "Ya, saya mau bernikah, wahai Rasulullah!"
"Pergilah ke rumah bani Si fulan dan katakan kepadanya bahawa Rasulullah menyuruhmu menikahkan aku dengan puteri bapak!"
"Tapi aku tidak mempunyai persiapan apa-apa, wahai Rasulullah?"
Rasulullah SAW kemudian berkata pada para sahabat, "Kumpulkan untuk saudara kamu ini mahar sejumlah
Bagi para sahabat, urusan pernikahan bukanlah tanggung jawab peribadi, melainkan merupakan tanggung jawab masyarakat dan jama'ah. Pernikahan mempunyai kaitan rapat dengan kepentingan dakwah, sekaligus merupakan unsur penting bagi melahirkan masyarakat muslim seterusnya lahirlah mujahid-mujahid baru penyambung amanah dakwah.
vvvv Episod Pernikahan Seorang Wanita vvvv
Imam Nasai meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim berkata kepada Abu Thalhah ketika ia ingin mempersunting dirinya,
"Wahai Abu Thalhah, percayalah bahawa orang sepertimu jika melamar, maka lamarannya tak pantas ditolak. Tapi, engkau orang kafir, sedang saya wanita muslimah. Jika engkau mahu masuk Islam, maka itulah maharku dan aku tidak minta apa-apa lagi!"
Abu Thalhah menuruti kemahuan Ummu Sulaim. Ia masuk Islam dan itulah mahar yang ia berikan kepada Ummu Sulaim.
Tsabit berkata, Demi Allah, aku belum pernah mendengar wanita menikah dengan mahar semulia Ummu Sulaim."
Begitulah Ummu Sulaim memberi contoh bagi wanita-wanita lain dan generasi berikutnya. Pernikahan baginya bukan wasilah untuk hal-hal yang bersifat, maddiyah (kebendaan). Lebih dari itu, pernikahan merupakan sarana dakwah dan merekrut objek dakwah baru ke dalam Islam.
vvvv Episod Pernikahan Seorang Jutawan vvvv
Dari Anas bin Malik bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW terhidu bau minyak wangi dari tubuh Abdur Rahman bin Auf, lalu baginda bertanya,
"Bau apa ini, wahai Abdur Rahman?"
"Ya Rasulullah, saya baru saja bernikah dengan puteri seorang sahabat dengan mahar
"Semoga Allah memberkahimu dan adakanlah majlis walimah meskipun hanya dengan seekor kambing!"
Allahu Akbar !. Abdur Rahman bin Auf, salah seorang jutawan kaya raya pada zaman itu melangsungkan pernikahan hanya dengan mahar
vvvv Episod Pernikahan Anak Hartawan vvvv
Alkisah, Nuh bin Maryam seorang yang kayaraya pada zamannya. Dia mempunyai seorang puteri rupawan, bertakwa dan solehah. Sudah menjadi lumrah apabila bunga sedang mekar di taman, ramai pula yang ingin menyuntingnya. Tidak sedikit yang datang melamar malah mereka semua bukannya calang-calang calon. Diantranya terdiri daripada hartawan, berkedudukan tinggi juga berketurunan mulia. Namun tak satupun dari mereka yang diterima. Mereka semua tak sesuai dengan standard yang diinginkan oleh Nuh.
Kerana sudah seringkali menolak lamaran, ia dituntut untuk kemaslahatan puterinya mencari alternatif, yang pasti kualitinya mestilah lebih baik dari orang-orang yang pernah datang kepadanya.
Nuh bin Maryam mempunyai budak hitam dari
Ia menyuruh Mubarak memetik buah-buahan yang manis untuknya. Mubarak pun segera memenuhi perintah tuannya. Alangkah terkejutnya Nuh sebab buah-buahan yang dipetik oleh Mubarak ternyata masam dan tidak layak untuk dimakan.
Nuh bin Maryam menyuruh Mubarak memetik buah-buahan yang manis sebanyak tiga kali. Tapi hasilnya sama seperti yang pertama, masih masam dan mentah. Kalaulah Nuh bukan seorang yang penyabar sudah tentu ia akan marah dan menghukum Mubarak. Namun dengan bijak dan tenang, Nuh bertanya kepada Mubarak. Dari sinilah sebuah sejarah bermula
..
"Wahai Mubarak, kenapa engkau tidak memetik buah-buahan yang manis untukku, bukankah sudah dua bulan engkau menjaga kebun ini?"
"Tuanku, tuan hanya menyuruhku menjaga kebun ini dan tidak menyuruhku memakan buah-buahan yang ada di kebun ini!"
Nuh bin Maryam terkejut mendengar jawapan Mubarak. Tapi di sela kekagetannya, ia rasa semakin hampir pada pencariannya. Ya, orang seperti Mubarak inilah yang dicari-cari. Ia berfikir apakah hadiah yang paling tepat harus diberikan kepada orang sejujur Mubarak.
Akhirnya, ia menemui jawapan. Puterinya yang menjadi rebutan adalah hadiah paling tepat diberikan kepada Mubarak. Pada mulanya Mubarak menolak tawaran ini , tapi akhirnya ia menerima tawaran "hadiah" tuannya
.
Lalu berlangsunglah pernikahan antara dua insan yang berbeza status sosial, tapi sama dalam agama, akhlak, takwa dan amanah.
Pernikahan Mubarak benar-benar mubarak. Hasil dari pernikahannya itu, lahirlah bayi laki-laki yang diberi nama Abdullah bin Mubarak yang menjadi ulama besar pada zamannya dan masyhur dengan ketaqwaan dan keberkahan ilmunya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home