Thursday, January 17, 2008

“Makcik, Jangan main mahjung”

Ahh…feel relieve to make an entry today. Bolehlah tinggal satu exam je lagi utk sem ni. Malas dah citer pasal exam sebab kebykn blog aku pegi semua tgh berhikayat pasal exam masing2. Lebih kurang camtuh aa. So ape kita nak citer harini ye kengkawan, aku pun takde idea sgt. Marilah kita citer psl berita dunia dan tempatan. Aku tetiap hari mesti wajib bukak mana2 website akhbar Malaysia. Rakyat prihatinlah katakan(haha prihatin ke??). Ada benda tak elok sikit apelah nak jadi Malaysiaku di sana tuh. Kalau ada benda elok sikit, mmg bangga habis. Biasalah bebudak oversea kan lebih menghargai pencapaian Malaysia sebab nak banding2kan dgn org luar nih. Lagi2 org luar yg rasa Negara dia je atas dunia ini.( tak caye? Meh dtg sini..) Masalah2 dalaman kitorg mmg tak nampak dah. Hhaha..matilah aku kena fire pasnih…tapi satu je berita harini tetibe buat aku nyampah…kenapelah nak ungkit pasal Puteri Diana tuh. Bukan dia dah mati lama ke? aihh citer dia ni mmg tak habis2…walhal mati tuh time aku darjah 3 tuh…besar sgt ke dia ni sampai 10 tahun lepas kematian pun tak habis2 lagi citer kan. Ni yang terbaru ni pasal Puteri Diana mencadang Putera William diangkat sebagai Raja bukannya Putera Charles. Apo2lah labu. Seb bek bukan negara aku. Bukannya ape, kadang2 pelik gak tgk, orang tuh dah mati 10 tahun lopeh pastu citer dia plak mcm kononnya salah satu tokoh yg telah berjaya mengubah dunia. Perkataan2 sebijik2 dia time hidup sume nak diungkit balik. Haih udah2lah tu berita citer pasal lain pulak lah. Ni satu hal pastu hal lain plak barang2 kena catu. Aih sekarang ni minyak masak kena jugak ke. Macam mano nak berniaga kalau camnih kalau setakat satu individu dpt 5kg je bang. Huhu. Harap2nya sekejap je lah ni toksah lama2 kang payah plak aku balik nak makan macam2.

Erm bercakap pasal makan pulak, perkara aku paling benci time winter(menci aku…). Paling max aku makan satu hari adelah dlm 5 hari. Sumer berat2 plak tuh. Minimum 2 kali sehari kot. Risau benar aku dgn makan2 aku nih. Yelah tau sgtlah makanan tu dijadikan haba untuk musim2 sejuk ni tapi bukannya sumer digunakan. Dahlah skrg ni malas gile nak ke gym tuh maklumlah ‘fatrah imtihan’. So treadmill ke kayuh basikal ke dumb bell keape sumer benda kat gym tu sumer terpaksa stop sbb exam. Cumanya exercise di waktu exam ni main bola jek. Tapi itupun aku tak tahu bakar byk kalori ke tak sbb peluh yg kuar mcm tak byk lagipun aku pun tak berapa aktif sgt ats padang sbb angin2 sejuk yg suka-suki menggigit manja di telinga dan pipi aku. Cuaca sekarang mmg jauh berbeza dgn beberapa tahun aku duduk kat sini(baru 2 tahun lebih…haahaaaammmpehhhh). Boleh kata ni kali ketiga winter aku rasa. Paling sejuk rasanya(ni khas utk negara2 arab je ek..takde kaitan dgn negara2 UK, Russia, Korea dan lain2..mmg tak terlawanlah kami). Mana taknya Pagi2 dan Malam2 dia mmg bawah takat beku. Pastu ditambah lagi dengan factor ketinggian rumah aku boleh menyebabkan increase 10 fold. Katalah kat luar tuh -3 darjah celcius pastu kita cuba darabkan dgn 10 jadilah -30…(grr ni tipu gila weh…)..haha takdelah sampai camtuh adalh sejuk sikitlah tak caya cuba tanya bebudak rumah aku they prefer to stay rumah member yg bwh drpd stay kat ats(kalau takde sobah lah kot).. tapi malangnya, hujan tidak2 juga turun. Berhari2 aku cek accuweather menanti kehadiran hujan tapi mmg satu hari pun tarak. Bak kata org, ‘Bersabarlah dengan kesejukan kelak kamu dihadiahi salji’…hahahah bantai hantam.

Erm owh kali ni aku cuba membuat genre lain sket. Selalunya aku suka lepaskan tension aku kat blog ni tapi kali ni sukalah aku nak bercerita. Aku rasa blog mmg best tempat utk kita share2 maklumat pastu lagi satu menghilangkan stress. Memang best. Kadang2 aku cemburu tgk org buat blog dia best2, update tetiap hari, kadang2 baca ade buat cerpen, pastu ade plak org buat blog lawak jenaka pastu ramai permintaan suruh update blog cpt2 dgn pelawat yg ramai. Cemburu jugalah tapi aku takleh nk buat camtuh. Entahlah sebab aku takde factor ‘tu’ kot. Faktor membuatkan org tersengih2 busuk depan computer bila dh hbs baca blog kita. Takperlah masing2 ade hak masing2 nk buat camne kan dgn blog dia. So terpulanglah.(terngiang2 lagu ‘Pulangkan’ citer hantu)

2 Comments:

Blogger DaRk AnGeL said...

hah~?
apa kena mengena lagu pulangkan dgn org tersengih2 busuk depam komp?

ni yg buat akk tersengih2 busuk depan komp nih..
hehehehe

January 19, 2008 6:51 PM  
Blogger Izham said...

owh ek...alamak tak dpt aa sy mewarisi cara rapikan akak yg sbnr...huhu...tunjuk ajarku sifu~~~(lagu mentor tv3)

January 20, 2008 1:14 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home