Sunday, May 06, 2007

Mid RS System

Now its time to go to the new post...mls nak simpan lama-lama episod citernya sbb kang nnt lupa..sbb byk sgt lak program..(byk ker?)...dah 2 minggu ak tempuhi system yang baru dan memunyai baki 2 mggu lagi utk musim persekolahan bagi kanak-kanak riang student JUST thn 2 sem 2 nih...dan dengan ketabahan mengharungi summer sem yang sememangnya panas dan panas dan juga panas seterusnya melangkahkan diri ke dunia baru tahun 3...system baru yang dah nak masuk minggu ketiga ni adelah sistem pernafasan...setakat ni belajarnya ok sajor...study group tak dilupakan jugak..wajib join sbb dpt cover mane2 lecture yg tertinggal dan juga memperkukuhkan teori dan fakta medik itu sendiri...


Bermula dengan cerita hikmah 3 dimana ak berjaya menghabiskannya selama seminggu bersama nazim ahli rumah aku...cerita kali ini mengisahkan di mana anak bongsu kepada Ratna yang baru pulang dari oversea,Adit, dilanda penyakit tiada pendirian dan mudah dihasut oleh orang lain. Bersikap seperti orang yang tiada arah dan hala tuju sendirinya dan ditipu oleh teman wanita dan keluarga teman wanita itu juga untuk emndapatkan harta keluarga Ratna itu...ok secara pendeknya camnilah...kalau nak panjang lagi pegi baca kat tenet sendiri...usha hikmah ini melalui YouTube ade 60 episod dgn stp episod dicerai berai jadik 5 ceraian..so lambat sikitlah nak habis....tapi tak mengapa internet baru ni sgt laju(di Jordan je) 2MB, dengan kelajuan inilah melancarkan tontonan saya...

Pada minggu awal itu juga, student2 di Jordan ini juga didedahkan dengan citer2 dan movie dr mesia seperti Jangan Pandang Belakang, Mukhsin, Cermin dan banyak lagi. So takdelah rasa ketinggalan tgk citer Melayu kalau selama ni asek dgn citer omputih jer...1st week penuh dengan keenjoyan dan keseronokan...astaghfirullahalazim...tapi study ttp study..walaupun tak dpt byk utk first week tuh tapi still study ok...kepada sesape yg kata sy tgk hikmah tak stadi tuh makanya dia tertipu dgn status sy kat YM tuh...pada mggu yg kedua pula mcm takde yg best sbbya bermula dr cuti Labour Day pd hari Ahad dan kelas berderet2 dari Hari isnin sampai hari khamis dari pukul 8pg- sampai pukul 5 ptg kecuali hari rabu(balik awal)...walaupun hari Rabu takde pape tapi MMJ persatuan bebdk JUST kat sini buat lawatan ke Hospital Islami kat Amman...khabarnya hospital ini diasaskan oleh Ikhwanul Muslimin pada tahun 1982....siap ade pusat gerakan diorang lagi kat sini...namun apa yang ak nmpk perbedaannya dgn hospital lain ialah perbatasan pergaulan antara doktor dan nurses dan tak lupa juga pada patient sekali di ruang sakit...mempraktikkan kod-kod islami dalam mempraktikkan ilmu perubatan...terdapat ruangan sakit kepda laki dengan nurse laki, pompuan dan budak2 diuruskan oleh nurse pompuan kecuali I.C.U/P.I.C.U/N.I.C.U/C.C.U yang terpaksa bercampur ats sebab kecemasan...semua stafnya semua bertudung dan pakaian rasmi nurse pompuan nya berjubah putih....dari petang hingga ke malam..walaupun hospital swasta ini tidak sebesar hospital di universiti kami ituh namun kelengkapannya seolah2 selangkah ke hadapan...teknologi2 baru dan teknologi yang wajib ada pada sesebuah hospital memang mengagumkan...hospital ini juga mempunyai pakar2 yang berjaya menghasilkan beberapa research dan disumbangkan kepda dunia medik....pd mlmnya kitorg 70 students mengikuti conference bg kes Prolonged Long Bones bersama-sama dgn doktor2 pakar dan berpengalaman yg lain..walaupun ilmu yang cetek ini tidak seberapa dgn doktor2 lain namun pemahaman kami kepada pembentangan salah seorg doktor di situ cukup membuktikan kami ni sudah berada jalan yang lebih advance.

Dan pada hujung minggu kedua ni, aku didatangi dengan peristiwa terbesar dalam dunia bola aku..sekali lagi aku mengaktifkan diri aku ini dengan melibatkan diri dalam Perlawanan Bola Sepak Piala Duta Malaysia...berbekalkan pengalaman aku main petang2 sebagai striker, aku meneruskan perjuangan aku di pasukan Durian Malaya sebagai striker(FW)....dibahagikan group kepada group A bersama team-team lain yang tidak kurang juga hebatnya...Sarawak, Negeri Sembilan dan Sek Budok Baik(Pantai Timur)....perlawanan yang bertuan rumahkan mafraq dan diadakan di Irbid dan dibahagikan kepada dua padang utk dua group. Group A bertempat di artificial turf di universiti JUST dan Group B di padang rumput Ramtha...bermula perlwanan ini dengan Sarawak dan menang 3-1 seterusnya melayakkan diri dengan kemenangan ke atas negeri sembilan 2-0...dan seterusnya mengalami kekalahan pertama bersama team SBB 1-2 namun layak utk ke pusingan seterusnya semi-final..pada hari esoknya perjumpaa kami dengan pasukan mafraq memang seakan-akan boleh dinobatkan sebagai perlawanan paling sengit di medan Semi-Final namun kami melayakkan diri ke Final melalui kemenangan Penalti 3-1(4 sepakan)...tapi tidak semuanya akan berakhir dengan bahagia...kami kecundang dan tewas sekali lagi pada pasukan SBB 0-2 dan seterusnya menobatkan kami sebagai Pasukan Medal Perak(Naib Johan)...oklah sambung kemudian lambang ade match lagik pasnih Piala PERMAI yg tak hbs2 lagi nih.....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sign contract 3 tahun bersama team Durian Malaya No. 8

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Naib Johan....Perak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Perasan kejap dengan kasut emas walaupun satu gol pun tak dijaring...'Awe Kemarau Gol'

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home