APA NIAT KITA?
Tetibe cam tertarik je dgn sumpah yang dibuat oleh Persatuan Perubatan Mesir. Rasanya macam baru je nak perbetulkan niat.
IKRAR PENGAMAL PERUBATAN MUSLIM
Saya bersumpah demi Allah Yang Maha Agung :
Untuk menyedari tentang pengawasan Allah dalam melaksanakan tugas saya;
Untuk melindungi nyawa manusia di semua peringkat dan dalam semua keadaan, berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka daripada maut, penyakit, kesakitan dan kebimbangan;
Untuk menjaga kehormatan manusia, melindungi aurat mereka dan menyimpan rahsia mereka;
Untuk menjadi wasilah kerahmatan Allah s.w.t., menghulurkan rawatan perubatan kepada mereka yang dekat dan yang jauh, yang salih dan yang berdosa serta kepada kawan dan lawan;
Untuk berusaha mencari ilmu dan menggunakannya bagi kemanfaatan dan bukan kebinasaan manusia;
Untuk memuliakan guru saya, mengajar mereka yang lebih muda daripada saya dan menjadi saudara kepada semua rakan dalam profesion perubatan, bekerjasama dalam kebaikan dan ketakwaan;
Untuk menghidupkan keimanan saya dalam keadaan rahsia dan keadaan nyata, mengelakkan apa-apa yang boleh mencacatkan saya pada pandangan Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman,
Dan semoga Allah menjadi saksi atas sumpah ini.
Marilah sahabat-sahabiah sumer tidak kira apa kita amek kita tetap dlm pengawasannya. Perbetulkan niat kita dan sebaik-baik pekerjaan adalah pekerjaan yang halal dalam semua segi dan rezeki yang banyak adalah 9/10 dari rezeki yang Allah limpahkan iaitu perniagaan.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home