Wednesday, October 11, 2006

Air Mata Keinsafan

Malam hening. Tepat jam 11.00 mlm di bumi barakah ini. Angin sepoi-sepoi bertiup dalam bulan barakah ini diikuti cahaya rembulan memancarkan sinarnya yang samar-samar membawa hati kosong seorang hamba ke suatu destinasi yang entah di mana tujunya. Rasa bersalah pada Tuhan yang Esa benar-benar meruntun jiwanya agar ia kembali bertaubat.

Tiba-tiba tersemat di sanubari ingatannya tika di hari lebaran bersama keluarganya. Hari lebaran yang disambutnya memang penuh bermakna diiringi dengan tawa-riang keluarganya, bergambar dan bermaaf-maafan sesama keluarga. Tanpa disedarinya, matanya berkaca. Dia terus berfikir mengapa perkara ini menimpanya. Owh, rupa-rupanya dia sudah lama tidak bertanya khabar keluarganya yang nun jauh di sana. Lantas dia mengapai telefon bimbitnya untuk bertanya khabar. Namun mesej yang dibuat olehnya sendiri untuk keluarganya yang hanya sekadar bertanya khabar tanpa disangka telah memecahkan kantungan air di kelopak matanya.

Benarlah ungkapan "ada kalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa, namun adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu harga setitis air mata".

Dia tidak lagi terdaya untuk menahan perasaannya itu. Biarkan sahaja air jernih itu membasahi pipinya. Tiada lagi tempat untuk diadukan perasaannya melainkan kepada Tuhannya Yang Esa. Lantas pergilah hamba ini di dalam kegelapan malam menghadap Tuhannya Yang Esa, Allah s.w.t. Dia meminta keampunan atas apa yang dia lakukan selama ini dan dia mengadu segala kekosongan yang melandanya kini. Air mata keinsafan tidak berhenti mengalir dari ruang kelopak matanya. Rupa-rupanya dengan aduannya kepada Allah telah berjaya mengubat jiwanya yang kosong itu. Sejurus selepas ibadahnya itu dia melelapkan matanya dengan alunan merdu kalam-kalam Tuhannya.

Hati ini tidak akan kosong selagi kita tahu ke mana tempat kita mengadu akhirnya.

So, dalam cerita yang tak seberapa sedap melayunya,
1) Apakah pengajaran yang kita dapat??
Pengajarannya hanya Allah lah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu...Dia mengetahui tiap2 sesuatu diht kita sama ada yg terang atau yg tersembunyi...maha suci Allah =)
2) Apakah tajuk yang boleh difikirkan untuk entry kali ini??

Entry di atas tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Ia direka semata-mata untuk kita menilai kembali apakah erti hidup kita yang sebenar.

Sekian hakcipta terpelihara arewherethecryptonnian..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home