~Just from My Heart~
Sbnrnya dlm hidup ini tiada yg sempurna...kadang-kadang kita wat sesuatu benda jangan terlalu mengharapkan balasannya....apa yang kita buat tak semestinya akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita usahakan....kadang-kadang Allah nak tunjukkan pada kita suatu benda yang kita mungkin nak pada masa tuh tapi Dia takkan beri pada masa tuh, tapi Allah akan beri pada kita pada masa kita benar-benar memerlukannya...Allah ingin menguji hambanya supaya bersyukur....Adekah daku ini termasuk orang-orang yang bersyukur pada nikmat-Nya??
Tiada yang sempurna ciptaan-Nya melainkan kekasihnya, para anbiya' dan paling utama nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...kadang-kadang kita nampak seseorang itu sangat cemerlang dalam dunianya namun adekah akhiratnya same seperti kecemerlangan dunia....atau adekah kehidupannya seiring dengan kecemerlangan pelajarannya...cuma sebagai seorang hamba tidak lain tidak bukan hanyalah kembali patuh kepada tuhannya yang telah mentakdirkan jalan hidupnya dan hidupnya hanyalah berusaha untuk mencari keredhaan Tuhannya....
Terlihat satu fenomena di mana betulnya pepatah kawan ketawa senang dicari tapi bila kita susah tiada siapa yang menolong...bukanlah kita mengharapkan kawan sepanjang masa sebab masing-masing ade gak kepentingan sendiri ade gak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan....tp just harap memahami perasaaan sebagai seorang kawan...jika ternampak kelemahannya maka tolonglah dia...ataupun sekurang-kurangnya berilah layanan seperti kawan-kawan yang lain yang berjaya....namun jika kita nampak kebangkitannya maka sokonglah dia secara perlahan-lahan..janganlah kita terus mengangkatnya secara berlebih-lebihan kerana itu akan melemahkan kembali motivasinya....sebab aper???sebab bila kawan kita yang dalam era kebangkitan ini jatuh kembali, ia akan dilayan kembali sepertimana era kejatuhannya dulu...maksudnya dia tidak akan dilayani sepertimana layanan sebagai seorang kawan di era kebangkitannya dulu..
namunku akur, Allah begitu menyayangi daku...tidakku tergolong dalam golongan orang diberi nikmat di kala aku lupa kepada-Nya....aku berharap agar petunjuk dan hidayah-Nya sentiasa bersamaku sepanjang masa.....aku berharap aku dikurniakan rezeki melimpah-ruah di kalaku mentaati kepadanya kerana dengan inilahku memperolehi kebahagiaan kedua-duanya dunia dan akhirat....
Barulahku lihat dunia yang sebenar dan baruku sedar inilah hakikat kehidupan...~~~~~n thanks to someone that always support me from da back...n also my family i miss them so much.....
Sbrnya ni hanya sebhgn gurisan kecil di dalam hati yang diluahkan dlm btk perkataan yg agk sopan...dan benar-benar berlaku pada diri yang lemah ini....
Sebahagian persoalan yang di dalam hati yang tak dapat diterjemahkan dalam huraian yang panjang..
antara usaha dan kejayaan..apekah perkaitan antara kedua-duanya???Adekah orang yang benar-benar berusaha akan berjaya atau adekah orang yang berjaya benar-benar berusaha...???????
Usaha + Tawakkal = Kejayaan...benarkah ia betul-betul terjadi...
Sekian.....
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home