Wednesday, July 25, 2007

REVEAL MYSELF

Dalam hidup sebagai manusia kita tidak dapat menduga apa yg bakal terjadi pada masa hadapan...adakah kita masih lagi berada pada jalan-Nya atau kita menjauhi dari jalan-Nya dan mengikuti jalan yang jauh dari petunjuk-Nya..hari ini pasti berlaku tetapi adekah esok masih ade kemungkinan????...Tiada siapa yang mampu untuk menjawabnya...

Dalam kesepian daku akhir2 ini, aku seringkali terbayang2 apakah aku ini masih lagi diberi peluang untuk berada di atas jalan yang aku pilih sekarang ini..aku perlu akui jalan yang manusia sentiasa lalui bukanlah sesuatu yang mudah namun kesukaran demi kesukaran yang perlu dihadapi serta dibebani dengan beberapa keresahan sering menghantui dan menjadi mimpi buruk dalam setiap saatku hidup di atas dunia..

Hidupku sebagai seorang tajaan **** menjadikan aku seorang hamba yang sgt bersyukur kerana dengannya aku beroleh untuk memilih bidang yang memang aku minati sejak kecil lagi..iaitu sebagai seorang doktor...dengan kehdpn yg lebih kurang sperti bdak2 tajaan lain dan mempunyai kelebihan bila tamat belajar nanti menjadikan aku lebih bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh-Nya...namun aku harus dan perlu berhati-hati dlm setiap pelajaran aku supaya aku tidak terkandas dlm perjlnn kerana apa??kerana setiap perkara yang baik ada buruknya dan begitulah sebaliknya....kesilapan yang sedikit aku buat bakal menyingkirkan daku dari landasan yang aku pilih ini....tiada kompromi dlm meng'extend'kan masa kecuali dgn masa yg telah dikontrakkan....namun dengan peraturan itulah sentiasa membangkitkan aku ketika aku jatuh kerana aku ingin mengabulkan hajatku yang sentiasa mendesakku sejak kecil lagi....

**********************************

Marilah sy ingin berkongsi satu rahsia di mana sy tidak pernah beritahu dan dedahkan kepada sesiapa pun....rahsia tentang kelemahan manusia yang bernama Wan Mohamad Izham....mungkin dengan cerita ini tentulah anda lebih mengenali diri sebenar saya selepas ini....

Hidup pada mulanya di tadika tidak menjadi bebanan kerana pada waktu kecil tanggungjawab yg ade hanyalah pd homework dan permainan...tekanan pelajaran ketika itu belum menjadi perhatian manusia2 di sekeliling yang bernama sahabat, dan keluarga...namun, tekanan semakin meningkat bila naik ke sekolah rendah.....prestasiku dlm bdg akademik ketika di sekolah rendah dari darjah1-6 sgt mengecewakan ibubapaku membuatkan aku sedih kerana setiap kali peperiksaan aku hanya mencapai nombor2 yg agk corot sekitar nombor 5-18 dalam kelas....namun aku kembali membuat mereka gembira dengan prestasi di sekolah agamaku dengan pencapaian sekitar no 1-3 dlm kelas dr darjah1-6 yang sememangnya dlm pemikiranku dpt menggembirakan kekecewaan mereka...namun hati kecil aku sering berkata, "hadiahilah kedua ibubapamu itu dengan pencapaian tertinggi di peringkat akademik"....namun mungkin nasib menyebelahi aku lemah dlm bdg akademik, aku gagal dlm PTS dan hanya mendapat 2A sahaja dlm UPSR dan sekali lagi aku kecewa kerna tidak dpt menghadiahkan keputusan yang mampu menguntum senyuman kedua-ibubapaku walaupun keputusan PSRA aku ketika itu hampir mencecah 90%....

teringat lagi begitu kedua-ibubapaku bersungguh-sungguh ingin anaknya berjaya mencapai cita-citanya, mereka membeliku perkakas-perkakas perubatan yang berupa permainan untuk kanak-kanak untuk menaikkan semangat aku supaya tidak berkubur begitu sahaja cita-citaku...menampal di pintu bilikku gambar seorang doktor beserta namaku...serta sentiasa bercerita bahawa aku ini bakal menjadi wakil dlm keluarga dlm bdg kedoktoran dan mcm2 lagi...namun bila ingatan aku tertumpu pada prestasi akademikku, aku mulai sedih kerana aku tahu aku tidak mampu untuk mengkabulkan impianku....pilihan demi pilihan dibuat ketika usiaku meningkat dalam memilih hala tuju sekolah yang harus ku pergi....setelah ku amati perlahan-lahan prestasi yang aku ade, aku percaya aku tidak mampu membawa sbrg pljrn akademik tp hati kecilku sering membisik ketika itu "bagaimana dgn khdpn masa dpn yg berbaki 30-40 tahun??..ko seorg lelaki yg bakal menanggung keluarga satu hari...adekah setakat ini je pencapaian.."...tetapi pada masa itu aku hanya mampu pasrah..aku hanya dilemma dalam memilih jalan yang perlu dilalui.....

Tahun 2000, tahun baru dan juga tahun yang aku bakal menjejakkan kaki ke perngkat seterusnya ke sekolah menengah...dengan keputusanku itu aku tidak berjaya memohon ke peringkat yang lebih baik..ke sekolah berasrama penuh....hanyaku mampu untuk bersekolah biasa sahaja...kedua ibubapaku menemaniku pada hari pendaftaran di sekolah harian biasa tapi entah mengapa hati ku tidak senang dengan beberapa cerita tentang disiplin sekolah harian maka aku mengambil keputusan ingin meneruskan hidupku dalam prospek agama disamping akademik menjadi "cover" pd masa hdpn...aku memilih sekolah tahfiz milik persendirian di bukit naga, klang..walaupun kdgrn ia slh sebuah sklh tahfiz namun sklh ini masih menjlnkan aspek akademik dan menghapal berjln seiring dlm satu masa...tiada skip tahun berlaku....dengan prestasi aku tunjukkan di sekolah ini selama setahun 3 bulan telah membawaku berpindah ke sekolah lebih teratur dan sistematik serta terjaga kebajikannya iaitu di SAMTTAJ....sbnrnya kehdpnku di SAMTTAJ bermula bila prestasiku dlm akademik di sekolah tahfiz meningkat...kedua ibubapaku bercdg utk memohon kedudukan sklh yg lebih terjaga bg pandangan diorg...dan kehdpnku bermula di sekolah SAMTTAJ....

pengenalanku dengan pengetua sekolahku itu cukup menjadi semangat utkku..harapannya kepada aku cukup tinggi walaupun dia tahu prestasiku di sekolah rendah tidak seberapa dlm bdg akademik.....dengan hanya berbekalkan keputusan dari sekolah tahfiz sahaja hanya berjaya menempatkan aku di kelas kedua sahaja di sekolah itu namun aku akan buktikan pada tgktn 3 aku akan bersama pelajar2 kelas pertama.....sekolah SAMTTAJ yg begitu mengajarku erti kehdpn sbg seorg stdnt ade naik dan turunnya...juga mengajarku bersaing dan ketika itulah aku tersedar bahawa ada sekolah lain yg menjadi pujaan setelah tamat PMR dgn keputusan peperiksaan yg memuaskan, iaitulah KISAS dan SAMBEST...namun prestasiku yang corot ketika di sekolah rendah sekali lagi mengembalikanku seolah2 aku tidak berubah dan maybe it's my destiny....keptsn PMR aku yg hanya 7A tidak berjaya mendapat tempat di mana-mana sekolah yang lebih bagus....pernah memohon MRSM tp tak berjaya..sekali lagi aku perlu bersusah payah dlm mendpt tempat di sekolah yg lbh bgs...namun peluang terbuka bilamana kawan aku mempunyai kenalan di JAIS....dia pergi meminta utk aku apply sekolah SAMBEST..dan aku berjaya mendpt tempat di sekolah itu walaupun dengan keptsn yg tak brp bagus..sekali lagi Allah ingin menolong daku mencapai cita-citaku....walaupun hati kecil aku sering ckp 'msk sekolah ikut tingkap'.....namun aku peduli apa aslkan aku berjaya msk sekolah yg ak nk....dan di situlah aku meneruskan khdpnku....i've put all of my effort to my study tiap2 hari time f5 tp tak berjaya memuaskan hati aku kerana tidak berjaya sepertimana kwn2 lain...aku hanya tahu bhw begitu susah ketika itu bidang perubatan menjadi pilihan kerana ia perlu dgn keptsn yg bgs dan kokurikulum yg aktif.....

"aku tidak perlu bersikap tamak...aku cuma hanya perlu memasuki ke universiti pun dh kita bgs", desus hatiku...utk pastikan bahawa aku mempunyai tempat di universiti aku segera memohon masuk ke Darul Quran dlm program persijilan dan dengan kemasukan inilah namaku telah berjaya mengisi di UIA kelak walaupun dlm bdg yg lain...keputusan peperiksaan telah ku terima..."apa, 7A jer", teriak hatiku dalam sedih..ku terimanya dengan pahit sekali bahawa aku telah gagal untuk mencapai cita-citaku ketika aku kecil namun aku percaya bahawa pasti ada hikmah tersembunyi sebaliknya....aku cuba melupakan angan-anganku untuk sambung dlm bdg perubatan namun tidak berjaya dan aku hanya pasrah....

Aku menyambung hidupku di Darul Quran seperti biase...saban hari, aku terus berusaha utk mencorakkan kegemilangan ketika aku di sekolah tahfiz dulu dan setelah sudah satu sem aku berjaya mencorakkan kembali kegemilangaku...dan tiba-tiba, ketika itu aku dengar kedua ibubapaku kata ada peluang untuk menyambung pelajaran ke luar negara Jordan dan Mesir tapi hanya tanggung sikit jer tp aku ingat nk apply mesir je sbb mrh sket tp time tuh Mesir dah penuh....so kedua ibubapaku kata diorg takper boleh tanggung walaupun sbnrnya keluarga aku bukanlah dr golongan yg mewah....aku cuba lagi utk mengikuti tingkap...tapi aku rasa tak sedap hati so aku guna result kat DQ dan SPM tuk apply...so dgn beberapa pencapaian aku kat sekolah dulu aku guna gak dan dgn itu aku berjaya utk memohon dan terkabullah cita-citaku time kecik...biarlah ape org nk kata dgn result aku rendah ni pun aku boleh apply ker...ape ker...aku biarkan mereka dgn labu2nya..yg ptg aku bakal menghadapi dan menempuhi jln yg ku pilih ini...dan dengan inilah aku sentiasa terhutang budi dengan manusia2 yg selalu membantuku dlm membina jlnku seperti kedua ibu-bapaku yang sentiasa menaikkan semangatku ketika aku sudah berputus asa dan sentiasa memberi harapan bahawa aku sentiasa mempunyai peluang di hadapan...dan tidak juga lupa kepada pihak tajaan sy yg memahami keadaan sy dan sentiasa memberi kepercayaan kepada sy utk membuktikan sy boleh....walaupun hatiku ini sering ckp "lykkah aku dgn pelajar2 lain ke luar negara dgn keputusan2 yg cemerlang??"...tapi aku percaya kalau ade mslh, mesti ade jln keluar.....so dgn ini aku dah reveal myself dgn kehdpn dan result aku yg hanya mampu membuatku kembali sedih jika aku mengenang kembali zaman yg dulu....i'm neither a brilliant person nor an intelligen man...tapi itu mgkn pada masa dahulu dan insya Allah aku tak mahu kehdpn pada masa lps berulang pada masa akan datang....i want to prove dat i wanna change my life...being a gratitude person to Allah everyseconds I think bout Him...n i'm just want the smooth life without begging again...so, what do u think bout me????

Hamba-Mu yang lemah,

Izham

16 Comments:

Blogger aileen said...

oits! panjang glerrrr~

nnt2..lina nk g mkn dlu..baru bace..

ni leyh wat cerpen..isk2~

July 25, 2007 5:46 PM  
Blogger aileen said...

awe.. am touched..
sori to say..ak tertamparrr sket bc entri ni..thanks neway~

tros nanesss~

namun,kehidupan perlu diteruskan..kdg2 perkara yg kita tak mahu itu,kite dpt..ape yg kite nk,kite tak peroleh skang..mngkin Dia hendak mnguji kita...tabahlah kita menempuhi hidup seharian2....

so..all d best awe dlm ape jua perkara yg awe wat!!!

doakan kejayaan bersame!!! ameen!!! =)

July 25, 2007 8:59 PM  
Blogger Izham said...

owh thanks lina for all of ur supports....i guess there will be someone running from me when he/she has already read this thing...but i'm wrong...huhu...tq2...

July 25, 2007 9:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

ni entri hari ni kan... sangat awe yang dikenali... awe yang sangat tabah dengan kehidupannye... semoga terus terbimbing pada landasan yang betul... semoga berjaya dengan kehidupan awe fid dunya wal akhirah...

July 25, 2007 9:59 PM  
Blogger madt said said...

paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanjangnye!

July 26, 2007 1:13 AM  
Blogger Izham said...

erm sapekah anon?seems msm kaknad jer...tq for ur support..insyaAllah sy akn cuba sedaya upaya berada pd landasan yang betul...

oit mataq...
panjang ker?aku rasa spjg setahun aku ade blog ni plg pjg kot...huhu...sila tabah membaca...hehe...

July 26, 2007 7:58 AM  
Anonymous Anonymous said...

kejayaan, anak sulung, ibu & ayah, adik2, masa depan, ........... hanya anak sulung je yang tau nak kaitkan 4 perkara ni... yg lain mgkin boleh juga tapi dari perspektif yg berbeza... it's hard to see ur father n mother keep hoping for ur success.. it's hard to think that how should i make everything into reality... it's difficult to prove to others that i'm going to be the best... for my family, the role model to my brothers n sisters... n for my future... tapi tahniah wat izham... atas pencapaian masa kini... teruskan usaha utk yg terbaik ! =)

July 26, 2007 10:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

yeah...tq princess...i got ur messages n i'll remember it..

July 27, 2007 12:43 AM  
Blogger FabulouswithAs said...

awe..igt tuh!kalo repeat dorg xtanggong kite..make sile bersame2 smgt stdy..huhu...
nauzubillah

mmg tertekan gak dgn pengharapan rmai org thdp kite..yg ptg usehe..ku tgk ko mmg sjenis yg hard..btolkah?

July 27, 2007 4:05 PM  
Blogger Izham said...

owh itulah yg bangkitkan aku bila mana aku down time xm..lg2 time genetik dulu hmpr putus asa dh..tp aku yakin aku dpt melepasinya n time final aku ok alhamdulillah....

mmm...aku ni depends gak aaa...tp selalunyalah bdak2 kata aku ni hard gak...tp ntahlah angin ape ntah yg lalu time summer ni mnybbkn aku jdk tak rajin utk stadi....tp kalau tanpa study hard tu tak kat sinilah lg awe..study tangga kejayaan...

July 27, 2007 5:08 PM  
Blogger DaRk AnGeL said...

heheheh~
nmpk tak kat sini jelas menunjukkan kan di mana ada jalan di situ ada kemahuan?
hmmm.. tak perlu ckp byk. tuan puteri kita dah tlg ckpkan dah pun... *wink*

July 28, 2007 3:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

ye awe troskan kerajenan utk study.ganbate2

July 28, 2007 6:38 PM  
Blogger Izham said...

wah tq2....terima kasih sokongan kak shifa' n mili...

tp kak shifa' motif???

July 28, 2007 11:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

salam kak shifa..., nak tanye gak...motif ade *wink*...huhu... la...walaupun kite dah ckp bnyk, akak boleh ckp gak pe... takde sebarang limitations k... =)
kak nad kat mane ek? lame kite tak tegur kak nad... =)

July 30, 2007 10:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

good luck for ur final exam... =)

August 09, 2007 10:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

rileks sajor awer..dlm medic tade markah rendah or tggi..yg de lulus atau fail. maka luluskan je paper2 ko.haha.

August 13, 2007 11:15 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home