Tuesday, August 14, 2007

Tahun 2 sudah berlalu, tiba era baru~~~

Pejam celik pejam celik sedar2 je dah kat penghujung tahun 2 dah...skrg ni dah start cuti musim panas untuk aku selama sebulan sebelum tahun 3 datang bertandang....hurmm.....exam aku yg lps skrg2nya tlh buat aku puas hati walaupun exam com med mmg susah smpi nk jwb satu soklan boleh blurr 5 minit tak buat ape2....tahun 2 ni mmg sungguh mencabar sekali bagi aku terutama sem 1 sbb byk sgt subjek yg tough...diikuti dgn sem 2 dgn cara sistem yg smmgnya aku suka dgn sistemnya dan summer sem yg rasanya beban sesgt....mehlah aku detailkan apa yg aku dah bljr tahun ni...

Semester 1 utk tahun 2 kat JUST universiti ini adlh bertujuan utk memperkenalkan secara general subjek2 yg akan didetailkan dlm sistem nnt..so dari sinilah kita akan nampak camner pembelajaran sistem itu...

Semester 1 :

1. General Pathology (Pasal Penyakit2)
2. General Pharmacology (Ubat-ubatan)
3. Molecular Genetics (psl genetik dan sewaktu dgnnya)
4. General Microbiology ( kuman dan lain2)
5. Biostatistics ( Pengiraan yg akn melibatkan situasi perubatan)

dan msklah pembelajaran secara 'sistem badan manusia yg 9 tuh' di semester 2 tahun 2...so far sistem ni sape yg tak start dr awl mmg dia akan terkandas..sbb material dia sgt byk termsk lab....then nasihat aku bg mereka utk belajar sistem ni silalah stadi dr awl..jgn last minute..

Semester 2 :

1. Hematopoietic and Lymphoid system (sistem peredaran limfa)
2. Cardiovascular System (sistem peredaran darah)
3. Respiratory system (Sistem pernafasan)

akhernya msklah summer sem di mana tiap2 hari bljr subjek sama utk 2 bulan lebih...tapi so far sgt menarik subjek2 dia....bolehlah....

Summer sem :

1. Immunology (Pertahanan badan)
2. Intoduction to Public Health (kesihatan komuniti)
3. Oral and Dental Health (Kesihatan gigi dan mulut --> subjek pilihan)

dan dengan berakhir sem ni berakhirlah hidup sebagai student seorg pelajar tahun 2 medik di JUST...insya Allah...mmg pengalaman yg lps benar2 menjadikan hidup aku lebih matang..bagaimana aku mengatasi kekecewaan dalam pelajaran??bagaimana aku mencari formula2 memperbetulkan keadaan setelah aku mensia2kannya...semuanya adalah roda kehidupan....pengalamanlah memandu hidup seseorg itu..dan insya Allah berdasarkan pengalaman inilah aku akan jadikannya sebagai perangsang utk masa akan datang......

........................................................................

Bila cuti membuka tirainya, pasti ramai student2 kat sini (Jordan) merancang cutinya dengan baik..ade yang merancang utk balik mesia bersua keluarga yang tersayang (sebak2), namun ade yang pergi melancong menambahkan pengalaman dan ada juga yang sudah merancang cutinya dengan sebaik mungkin walaupun tidak ke mana-mana...namun utk aku, aku tak merancang apa2 utk cuti ni...hanya aku berserah pada tuhan akan hari2 yang berlalu..semoga bermanfaat cuti aku ini dengan perkara yg berfaedah....insya ALLAH.....

n rasanya setakat ni je kot sbb takde idea...nak p tdo sbb dah pkl 4.30 pg....oklah selamat2 sumer....utk yg mengetag aku ltk gambar bdak2 kecik tuh aku tak lupa dan aku akan buat bila gambar-gambar dah dapat....ok bye...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home