Tuesday, August 14, 2007

Warkah buat adikku

Ketahuilah tiada perkara yang lebih beharga dalam hidup ini selain kita menghargai kasih sayang yang telah diberikan oleh mama dan papa. Patuhilah nasihat dan ikutilah jalan yang ditunjuk oleh mereka kelak kamu mendapat jalan yang benar sebagaimana abang-abangmu telah lalui. Tunjukkanlah cinta kita kepada mereka dengan usaha yang gigih ke arah kejayaan. Tidak berjaya tidak apa namun usaha itu biarlah sudah berjaya di hati kita dan di hati mereka kerana kejayaan itu bukanlah semudah yang disangka. Terimalah nasihat mereka dengan hati yang terbuka walaupun ianya agak sukar diterima kerana mama dan papa kita telah mengetahui akan baik dan buruknya. Usahlah diikuti hati yang muda kerana sikap itulah merugikan kita. Hormatilah mereka kerana mereka telah membesarkan kita. Tiada mereka tiadalah kita di dunia. Bayangkan kita keseorangan di dunia, adakah masih kita bersenang-lenang seperti kini? Gunakanlah kesenangan itu sebagai satu kemudahan bukannya suatu kemewahan. Kesenangan yang dilalui sekarang hanyalah bersifat sementara. Ayuh kita bina masa hadapan dengan usaha terbaik yang mampu kita lakukan pada masa kini. Ayuh adik-adikku, hanya inilah mampu ku sampaikan. Nasihat-nasihat abangmu dari dunia yang jauh dari rumah kita.

Tulus dari abangmu yang sulung,

Abg Ijam


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home