Wednesday, December 26, 2007

Entry sebelum masuk tahun baru

: Adobe Photoshop C3 :

Akhir2 ni hidup ak kembali bersinar/bewarna sbb aku dah de hobi baru..nak tau pe tu dh tulis tajuk kat ats tuh...skrg ni aku dh mula berkecimpung dlm meng'edit'2 gambar....mula belajar macam2 dlm edit gambar ni...tutor utama dikreditkan kepada mando ajar perkara2 basic...perkara basic mmg penting so aku terhutang budi sgt kepada mando sbb sggp ajar aku...well thanks...then pljrn2 yg blh dikategorikan advance aku bljr sendiri ikut internet...so mcm2 aku bljr dr internet : Gambar vintage, Meletakkan artificial bintang kat pemandangan yg takde bintang langsung, membuat cahaya tingkap(gmbr ni berasal dr tingkap bukan cahaya) dan letak kat gambar yg takde langsung sumber cahaya, membuat sinaran yg keluar dr celah2 pokok and etc etc....aku dah jatuh cinta pada photoshop dh skrg ni kalau sehari tak sentuh dia mmg mcm tak best jek..tp aku rasa lps ni tak boleh bukak dia sbb exam final dh dekat..baik aku stadi dlu pastu time cuti aku concentrate blk....oklah aku bg satu gambar 'starry sky appearance'(gambar vintage kat bawah) :

Photobucket


: Happy Birthday Mama :

Harini besday mama makanya ijam ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-43 kepada mama. Ijam doakan semoga semua impian mama jadi kenyataan, semoga mama dilimpahkan rezeki dan diberi nikmat kesihatan serta nikmat iman dan islam. Sebelum tu nak ucapkan ucapan terima kasih kerana telah membesarkan ijam sampai sekarang ni umur 20. Sekarang ni ijam kena berdikari kat sini dan percayalah anak mama boleh. Insya Allah. Cuma kali ni ijam bagi hadiah gambar yg telah diedit oleh ijam tuh. Buatlah poster ke takpun cuci buat gambar biase je letak dlm album..the picture was my first attempt in photoshop.

Photobucket


Photobucket

Tuesday, December 11, 2007

Entry Bulan Doblas

Bulan 12 akhirnya dah memunculkan diri, bulan yang berada di setiap penghujung tahun sebelum masuk tahun baru...so time2 nilah memori2 indah time waktu kecik2 dulu muncul...selalunya time nih cuti panjang dlm 2 bulan sblm masuk tahun baru persekolahan..kalau diimbas balik dulu2 time ni mmg ber'holiday' bersama family samada melancong ataupun pegi umah2 sedara2 takpun menghadap game2 yg best kat ps2...tapi benda tu sumer dah berlalu..takperlah kali ni giliran utk adik2 plak utk bercuti, gi Langkawi selamat bercuti katanya tapi dh nk blk dh hari Rabu...bila dh msk uni ni dgn course yg aku amek skrg mmg cuti takde yg panjang(tak taulah negara lain camne kan)...sekarang ni bila dah masuk tahun 3 ni paling lama cuti pun 3 minggu jer...aku kadang2 buntu apa yg nk di'plan' utk meng'maksima'kan cuti aku supaya cuti aku itu berharga dan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Ntahlah mungkin ini satu pengorbanan yang cuba menguji aku dan seterusnya menjadikan aku lebih tabah pada masa depan...

Sejak akhir-akhir nih, aku dapati bahawa semangatku utk meneruskan stadi makin luntur, hidupku semakin kurang coraknya dan hilang warnanya, tapi dgn sokongan dari orang2 yang aku sayangi aku tetap meneruskan perjuangan. Walaupun begitu, aku tetap memerlukan motivasi yang mampu mengembalikan semangat belajarku. Penangan peperiksaan yang lepas betul2 menyentap dan merampas semangat2 aku di waktu aku betul2 memerlukan kecemerlangan. Nyatalah aku tidak dapat berubah dgn sebegitu mudah. Kecemerlangan yang aku inginkan mungkin memerlukan pengorbanan yang lebih tinggi dengan tumpuan pada pelajaran tanpa gangguan. Kadang2 aku rasakan bahawa diri aku sejak akhir2 ni bukan diri aku yang sebenar. Hidup seolah2 terumbang-ambing. Semua perkara yang diingini tidak dapat dicapai. Aku benar2 menjadi takut dengan apa yang berlaku pada esok hari.........