Thursday, October 26, 2006

Raya Edition

"Kiranya perpisahan terjadi lagi, anakmu pergi mencurahkan bakti, doamu teriring selalu, semoga bertemu kembali...bla..bla..."

sob..sob..sob..hati aku menangis..oopss tahun ni takde plak aku nak berairmata..tak tahulah knaper..mungkin sebab dah immune kot..sbb aku rasa pengalaman tahun lepas...lepas pun dah raya kat perantauan jadiknyer cam bese2 sajor...tapi apa-apapun yang dirindui sepanjang satu syawal tiba dalah nak cium tangan ibubapa dulu..pastu makan masakan mak...itulah yang sgt dirindui oleh seorg perantau di bumi org...

Kitorg kat sini baru je stgh ramdhan dah psg mcm2 lagu raya..kiranya nak hidupkan suasana raya kat sinilah kononnya..bolehlah..dengan lagu raya yang lama2 terubat gak jiwa...tapi ada gak yg sesetengah lagu tuh menyakitkan hati..sebab kebanyakakn lagu kitorg lagu utk org di perantauan..pastu dgn perkara yg peberet org perantau nih buat adalah menunggu gambar diorg masuk suratkhabar,,tak kiralah masuk gambar mana pun..tapi sayang sekali gambar yg aku hantar tahun ni tak masuk langsung..tapi ada aa sekali jer tu pun org lain yang hantarkan...oklah tuh...tak kesahlah..

Photobucket - Video and Image Hosting
Tgh takbir raya kat masjid

Photobucket - Video and Image Hosting
Bergambar malam raya..tak sabor2 nak bergambo..

Nak bercakap mengenai raya..apa yang kitorg buat kat cnih masa mlm raya dan pagi raya adelah basic2 sajor....malam raya tuh kitorg pegi bertakbir setiap rumah ke rumah tapi ini khas utk pompuan yg panggil utk bertakbir ke rumah sajor...tapi sblm tuh kitorg ade gak bertakbir kat masjid besar kat situ...imam masjid tu macam tahun lps bg kebenaran org melayu buat takbir melayu yang penuh dengan kesyahduan apabila diperdengarkan...keheningan malam raya tuh di sebuah bandar di irbid dipecahkan dengan suara takbir dari mesia yang dibawakan oleh bebudak mesia...amir, abg fird, dan naim jr selaku konduktor....

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Pastu nak bercakap gak mengenai takbir kat rumah pompuan, igtkan adelah secawan teh bersama biskut2 lain utk kitorg punya penat bertakbir..rupa2nya diorg sediakan mknn berat2..dahlah mlm tuh dah mkn byk dah jadiknyer terpaksa gaklah menyumbatkan mknn2 tuh kat perut2 nih...first rumah bg kitorg mkn spagheti goreng, second kek coklat, third rojak sayur coklat2 segala dan last sekali barulah kuih raya....alhamdulillah...syukur...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Hidup sambest.....

Photobucket - Video and Image Hosting

Dan mlm tuh makanya bertungkus lumus utk pagi esok....memasak2 segala..tapi aku tak terlibat pun just menyediakan sayur2an sajor dan tugas memasak utk kali ini adelah dibebankan kepada saudara mando..beliau nak buat nasi ayam..jadiknyer mlm tuh dia tak tidor kerana nak msk nasi ayam..bangunnya pagi tuh bersiap2 ke masjid..alhamdulillah sempurna gak rya aku kali ini cukup 7 takbir di awal rakaat dan akhir rakaatnya 5 takbir....sesudah hbsnye solat di pagi tu beserta khutbah yg penuh makna tu kitorg pun bergambar2 segala kat dlam masjid..eh..eh..sebelum tuh kiotrg berpeluk2an sesama sendiri dan berminta maaf segala....termasuklah imam masjid dan kuncu-kuncunya...pastu barulah amik gambar...slebih kurang dah agak lama kat situ barulah kitorg bergrk balik umah...

Photobucket - Video and Image Hosting

Pastu tetibe ade satu koloni atau satu batalion ingin bertandang ke rumah jadiknyer mengajak sajor tanpa ingin menyakitkan hati org di pagi lebaran...datangnya mereka tanpa kami hasratkan...jadiknyer terpaksalah menghidangkan segala ketupat dan meehun sarawak..nasi ayam tak cukup!!..simpan nasi ayam buat kitorg makan sekeluarga...

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama selebriti..isk mane satu selebriti nih....

Photobucket - Video and Image Hosting

Pastu pada tgh hari nya kitorg bertolak ke kedutaan mcm biase di hari raya cuma kali nih yg takdenya MSD....kurang meriah sket dr tahun lps..tp takper ok sajor..ke sana hanyalah bermakan2 sajor dan bergambar segala dengan baju raya yang baru takpun baru bewarna-warni pun jadiklah..jadik bergamabr sakanlah kitorg time tuh..makan takde pun nak mane..tapi oklah stkt nasi bukhari dan mee kari...n then kitorg bertolak balik ke rumah masing2 dgn kepntn....walaupun pnt tapi msh ada smgt men bola..jdknyer ptg tu men bola gak...pastu mlm tu igtkan ade org nak buat open house jadiknyer terpaksa dibatalkan...dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua dan maaf zahir batin sekian sajer raya edition utk kali nih..pasnih kalau ada yg best aku update lg...

Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar yang sgt citarasa....

Saturday, October 14, 2006

It's all bout our house

Bayt Al-Amin. Dulunya pernah diduduki 4 orang ahli, kini hanyalah berbaki 3 orang ahli. Namun hidup kami sentiasa bahagia. Berbagai-bagai perubahan dan penambahan telah dilakukan untuk menjadikan rumah kami ini sebagai rumah sebenar bukannya sebagai tempat tinggal untuk budak bujang(walaupun hakikatnya benar) . Keceriaan dan kebersihan menjadi fokus kami untuk memastikan tempat tinggal ini sentiasa teratur dan kemas supaya boleh menggalakkan suasana yang lebih kondusif(nak belajar ke nak enjoy..??). Bukanlah Eric Casa Impian yang datang mengemas dan bukanlah program Casa Impian yang datang sponsor namun inilah hasil titik peluh kami terutamanya ketua rumah, Nazim Aidil yang sentiasa prihatin akan keceriaan rumah dan juga Who Am I yang sentiasa prihatin kebersihan kawasan rumah kecuali dapur.(sebab dapur menjadi tanggungjawab nazim..hehe..) dan juga mando yang bekerjasama dalam hal ini . Bukanlah niat kami nak menang anjung seri tahun nih (kalau menang apa salahnya kan) tapi inilah dinamakan instinct. Naluri hati yang membenci kekotoran, yang sentiasa membencikan perkara-perkara yang mencemarkan kebersihan sentiasa bertempat di hati kami. Okie...ape plak aku mengarut nih..dah2 yg lain nak present gambar sajor...

Perubahan dan penambahan yang berlaku kat umah :
1. Oven - Nazim beli sebabnya dia nak wat kuih...dia dah buat bisnes dah..dan duit untungnya masuk dalam duit rumah..sungguh baik hati mu...
Photobucket - Video and Image Hosting

2. TV dan satelit - Ini sebenarnya kami 3 0rang kumpul duit beli benda alah ni. Mmg dah lama diidamkan cuma baru sajor dpt tahun ni.
Photobucket - Video and Image Hosting

3. Langsir setiap bilik dan setiap ruang yang ada - Ini tak tahu mana dapat modal beli benda ni. Mungkin untung bisnes si nazim tu kot.
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni langsir pintu bilik aku

4. Bantal bapak besar - Ada 3 kesemuanya.Tapi sori plak takde gambar mls nak amik.Tapi sgt besh.Kata si nazim beli bantal tuh nak buat ruang tamu seakan-akan akademi fantasia.

Dan gambar2 lain yang sewaktu dengannya.Kami sgt bersyukur dikurniakan rezeki sehingga sampai tahap begini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Ruang tamu yang tak terkalahkan

Photobucket - Video and Image Hosting
Dapur "Tempat permainan si nazim"

Photobucket - Video and Image Hosting
Bayt Al-Amin yang tersohor

Dan ni plak dalam bilik aku (biasor sajor) :

Photobucket - Video and Image Hosting
Meja belajar..alahai byknya nak kena study..

Photobucket - Video and Image Hosting
Peruntukan 24 jam dgn benda alah ni...Pengaruh yg sgt kuat..

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni almari yang baru ku beli..

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni pla tempat tido ku...

Arghh..ngantuk plak..oklah..nak titon dulu...bye bye sumer..


Wednesday, October 11, 2006

Air Mata Keinsafan

Malam hening. Tepat jam 11.00 mlm di bumi barakah ini. Angin sepoi-sepoi bertiup dalam bulan barakah ini diikuti cahaya rembulan memancarkan sinarnya yang samar-samar membawa hati kosong seorang hamba ke suatu destinasi yang entah di mana tujunya. Rasa bersalah pada Tuhan yang Esa benar-benar meruntun jiwanya agar ia kembali bertaubat.

Tiba-tiba tersemat di sanubari ingatannya tika di hari lebaran bersama keluarganya. Hari lebaran yang disambutnya memang penuh bermakna diiringi dengan tawa-riang keluarganya, bergambar dan bermaaf-maafan sesama keluarga. Tanpa disedarinya, matanya berkaca. Dia terus berfikir mengapa perkara ini menimpanya. Owh, rupa-rupanya dia sudah lama tidak bertanya khabar keluarganya yang nun jauh di sana. Lantas dia mengapai telefon bimbitnya untuk bertanya khabar. Namun mesej yang dibuat olehnya sendiri untuk keluarganya yang hanya sekadar bertanya khabar tanpa disangka telah memecahkan kantungan air di kelopak matanya.

Benarlah ungkapan "ada kalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa, namun adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu harga setitis air mata".

Dia tidak lagi terdaya untuk menahan perasaannya itu. Biarkan sahaja air jernih itu membasahi pipinya. Tiada lagi tempat untuk diadukan perasaannya melainkan kepada Tuhannya Yang Esa. Lantas pergilah hamba ini di dalam kegelapan malam menghadap Tuhannya Yang Esa, Allah s.w.t. Dia meminta keampunan atas apa yang dia lakukan selama ini dan dia mengadu segala kekosongan yang melandanya kini. Air mata keinsafan tidak berhenti mengalir dari ruang kelopak matanya. Rupa-rupanya dengan aduannya kepada Allah telah berjaya mengubat jiwanya yang kosong itu. Sejurus selepas ibadahnya itu dia melelapkan matanya dengan alunan merdu kalam-kalam Tuhannya.

Hati ini tidak akan kosong selagi kita tahu ke mana tempat kita mengadu akhirnya.

So, dalam cerita yang tak seberapa sedap melayunya,
1) Apakah pengajaran yang kita dapat??
Pengajarannya hanya Allah lah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu...Dia mengetahui tiap2 sesuatu diht kita sama ada yg terang atau yg tersembunyi...maha suci Allah =)
2) Apakah tajuk yang boleh difikirkan untuk entry kali ini??

Entry di atas tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Ia direka semata-mata untuk kita menilai kembali apakah erti hidup kita yang sebenar.

Sekian hakcipta terpelihara arewherethecryptonnian..

Friday, October 06, 2006

Siapa???????(episod Pendek)

Bila dah lama tak taip utk blog nih rasa cam kekok plak utk buat entry yang baru nih...Sebenarnya takde perkara yang best pun nak dicakap..sorilah kalau tak dapat nak update citer2 kat mesia sbbnyer sumer sgt bosan..Hanya berjalan sekitar shah alam,pj,subang,rawang,kl dan paling jauh pun ke melaka...for the rest of my holiday sumernye kat rumah...nothing i can do...

Ok...dah 2 minggu aku selamat masuk tahun 2 dengan pelbagai dugaan yang melanda....Dengan buku, rumah yang bersepah setelah aku bersihkan sebelum aku balik mesia dulu, perihal baju sgt byk hingga takde tempat nak letak, tekanan pelajaran yang semakin banyak dan jadual yang sememangnya dah macam office hour ataupun pelajar2 medic praktikal yang bermula dari pukul 8 pg - 5 ptg....Sudah berakhirlah zaman aku menikmati keriangan di Jordan dan akan bermulalah masa serius...

Pathology(All bout diseases), Pharmacology(deal wif drugs), Genetics, BioStatistic adn Microbiology(All about microorganism)....wah...adakah subjek sumer ni nak bunuh orang..takper2, sbg seorg doktor yg bijaksana mmg kena igt dan bljr sumer benda alah haram nih...di sebalik kepayahan ini, namun tersemat jugak beberapa ketenangan yang dibawa balik dari mesia...Segala kerunsingan dan konflik yang berlaku pada tragedi di bulan April 2006 akhirnya aku rasa telah diperbetulkan stlh aku balik ke mesia....aku harap takkan terjadi lagik episod itu yang memaksa aku balik lg mesia tahun dpn...Apakah episod yang tertanya-taya oleh para pembaca blog ini???"Biarlah Rahsia".....(Hanya ALLAH dan diri"nya" yang tahu perkara itu)....

Owh lupa plak lagi satu, janganlah salah faham sbb aper sy tukar address..sbbnyer sy nak berasa bebas dan tiada ketetapan masa dalam mengupdate entry baru...sorry yer sumer...takeh nak ikut cam dulu lagi...mgkn 2 mggu skali baru update...ataupun kalau ade citer y gbtl2 best baru update...

Maaf jika ada tersalah dalam penggunaan bahasa sbbnya mmg nak buat informal...