Thursday, August 23, 2007

Innocent

Nama diberi Wan Mohamad Izham bin Wan Ismail. Asalnya mohamad tu diletakkan sebagai muhammad tapi nape ntah org yg jaga tuh tak berapa dengar so jadilah mohamad dan ganjil ejaannya dr adik-beradik lain. Dilahirkan 19 September 1987 di Hospital Besar Kuala Lumpur. So dah genap umur ini 20 tahun. Senang citer update kali ini untuk mengenang diri balik 20 tahun lepas. Hehe.. Walaupun dilahirkan di KL namun darah yang mengalir adalah darah Kelantan sebab kedua ibu bapa saya dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan (tak campur Melaka dan lain2). Tapi malangnya disebabkan saya ni dibesarkan suasana Shah Alam so sy ni lebih kurang org Selangor gak lah...kalau org Melayu kata 'Kelantan Murtad' kalau nok denga oghe kecek Kelate boleh jah..tapi nok kecek balik tok bunyi pulok oghe oyak...oklah malas plk nak hapdet pjg2..inipun sempena org tag aku.....so aku jlnkan tanggungjawab jelah..dan aku presentlah gambar ni kat korg...ok selamat...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ini aku selepas lahir...berat lebih kurang 3.20+ something rasanya...20 tahun lepas...sekejapnya masa berlalu


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
ni plak gambar aku dengan peningkatan umur.....baru tumbuh rambut dgn tumbuh gigi..adeh comel plk aku tgk..hak3...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Haa..ini big boss kat rumah....dah besar jadik nakal...malas plk tuh...hanya tahu tgk citer superman, ninja turtle, men game SEGA sajor...kenangan2....owh umur time ni 6 tahun....

Ok, Selamat.......


Monday, August 20, 2007

~~BILA RODA BERPUTAR DAN AKU BERADA DI BAWAH~~

Napelah akhir-akhir ni banyak benda sedih berlaku dalam hidup aku...aku sendiri pun tak tahu sebab apa aku sedih...i'm trying to figure it out but it's too hard.....last2 aku dapat menjumpai beberapa perkara yang buat aku sedih...

First sekali aku tak dapat wish birthday ayah aku secara calling pada 18 Ogos lepas sebab handphone aku sengal plak....dah banyak kali dah try calling2 rumah pastu handphone ayah aku sendiri..tapi still tak dapat..operator cakap nombor-nombor yang aku dial tuh tak wujud...tensi betul...n then aku berharap ade family aku online pada hari besday ayah aku tapi takde plk yg meng'online'...pastu pikir2 sebab calling dan ym tak boleh so aku buat keputusan bagi mesej..tapi kalau bagi mesej mcm tak feeling plk nak wish besday org yang disayangi ni..so aku memang sedih dengan berlakunya perkara itu....dan hari ini ijam nak meng'wish' my father's birthday yg ke-52.....ijam sori sebab terlambat wish

"HAPPY BELATED BIRTHDAY TO YOU"
Semoga Papa panjang umur dan dilimpahkan rezeki yang banyak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Kedua plak, aku sedih sebab sekarang nih aku ditinggalkan seorang diri di rumah aku sendiri kat Irbid, Jordan..tiada teman sehati sejiwa yang tinggal dan yang lebih penting memahami bila aku memerlukan mereka...tulah aku padan muka sape suruh tak balik mesia...so aku cuba mengawal diri aku supaya tak bermonolog byk sgt kalau tak kompem boleh didiagnosiskan sebagai org sakit jiwa...dan hidup2 aku yang akan berlalu selama sebulan ini hanyalah kosong tanpa perancangan yang bermanfaat dan visi yang nyata...so aku cuba sedaya upaya merancang percutian kali ini bermanfaat untuk aku....

Ketiga, aku mula rasa menyesal sebab tak balik mesia...tapi dah tak berguna dah sebab semuanya dah berlalu...tapi aku yakin plan aku buat tak blk mesia kali ni tidak buat aku rasa menyesal sesangat sebab kalau aku balik mesia aku akan kacau adik2 tgh study....aku dlm period cuti utk berenjoy setelah berpenat lelah menelaah pelajaran selama setahun so kalau aku balik aku mungkin ganggu adik2 aku yg tgh exam besar tahun nih...macam mana aku boleh rasa kesal??kerana orang-orang yang aku sayangi suruh aku balik time aku betul2 hbs exam harituh.....kebetulan plk ada chat ngan mak aku time betul2 hbs exam dan gayanya cam suruh aku balik dan hatiku tersentap tapi nk wat camner semua dh terlambat...takperlah sekali sekala pengorbanan di perantauan.....

Keempat, beban yang banyak ketika tengah bercuti kat Jordan nih....hurmmm...masuk bulan 9 setiap tahun kitorg bakal menerima ramai student2 baru...so disebabkan populasi manusia Malaysia yang tinggal kat Irbid ni sikit so mesti ade tanggungjawab yang akan diserahkan kepada aku....dan disebabkan aku tidak suka kerja yang tinggi2 seperti ketua2 biro sebab agak sibuk katanya makanya aku hanya memilih jadi ajk bawahan saja..nmpk cam tenang sket...dulu time aku datang sini ade senior tolong aku, cuba diorg buat donno jer time terima tugas mmg terhuyung hayang hidup aku kat sini...so utk itu aku kena membalas jasa dan menolong student2 baru yang akan datang awl bulan 9 nnt....ikhlaskan diri insya Allah.....

Kelima, aku sekarang dah banyak kehilangan 'kawan' yang betul2 kawan dengan hati aku ni....walaupun aku mungkin terpaksa bersandiwara bermesra dengan kawan setiap hari yang berlalu tapi hakikatnya persahabatan itu tak sampai ke hati...mungkin kerana mereka telah bosan dengan personaliti yang aku miliki seperti sensitif dan ter'over' dalam gurauan...tapi takperlah..hakikatnya kita bukan hanya perlu bersahabat tapi kita bersaudara...insya Allah aku niatkan hati bersaudara atas nama Allah dan berpisah juga kerna-Nya..bukan kerna kekurangan yang dimiliki dan bukan juga kerna kenikmatan yang diberi...

Dan semua perkara yang dapat aku cari itu adalah sebahagian perkara yang membuatkan aku sedih....dan banyak lagi perkara yang buat aku sedih...tapi insya Allah aku perlu tabahkan diri....bukan lama, sekejap sahaja....

Dari jiwa yang lara,

Izham

Tuesday, August 14, 2007

Warkah buat adikku

Ketahuilah tiada perkara yang lebih beharga dalam hidup ini selain kita menghargai kasih sayang yang telah diberikan oleh mama dan papa. Patuhilah nasihat dan ikutilah jalan yang ditunjuk oleh mereka kelak kamu mendapat jalan yang benar sebagaimana abang-abangmu telah lalui. Tunjukkanlah cinta kita kepada mereka dengan usaha yang gigih ke arah kejayaan. Tidak berjaya tidak apa namun usaha itu biarlah sudah berjaya di hati kita dan di hati mereka kerana kejayaan itu bukanlah semudah yang disangka. Terimalah nasihat mereka dengan hati yang terbuka walaupun ianya agak sukar diterima kerana mama dan papa kita telah mengetahui akan baik dan buruknya. Usahlah diikuti hati yang muda kerana sikap itulah merugikan kita. Hormatilah mereka kerana mereka telah membesarkan kita. Tiada mereka tiadalah kita di dunia. Bayangkan kita keseorangan di dunia, adakah masih kita bersenang-lenang seperti kini? Gunakanlah kesenangan itu sebagai satu kemudahan bukannya suatu kemewahan. Kesenangan yang dilalui sekarang hanyalah bersifat sementara. Ayuh kita bina masa hadapan dengan usaha terbaik yang mampu kita lakukan pada masa kini. Ayuh adik-adikku, hanya inilah mampu ku sampaikan. Nasihat-nasihat abangmu dari dunia yang jauh dari rumah kita.

Tulus dari abangmu yang sulung,

Abg Ijam


Tahun 2 sudah berlalu, tiba era baru~~~

Pejam celik pejam celik sedar2 je dah kat penghujung tahun 2 dah...skrg ni dah start cuti musim panas untuk aku selama sebulan sebelum tahun 3 datang bertandang....hurmm.....exam aku yg lps skrg2nya tlh buat aku puas hati walaupun exam com med mmg susah smpi nk jwb satu soklan boleh blurr 5 minit tak buat ape2....tahun 2 ni mmg sungguh mencabar sekali bagi aku terutama sem 1 sbb byk sgt subjek yg tough...diikuti dgn sem 2 dgn cara sistem yg smmgnya aku suka dgn sistemnya dan summer sem yg rasanya beban sesgt....mehlah aku detailkan apa yg aku dah bljr tahun ni...

Semester 1 utk tahun 2 kat JUST universiti ini adlh bertujuan utk memperkenalkan secara general subjek2 yg akan didetailkan dlm sistem nnt..so dari sinilah kita akan nampak camner pembelajaran sistem itu...

Semester 1 :

1. General Pathology (Pasal Penyakit2)
2. General Pharmacology (Ubat-ubatan)
3. Molecular Genetics (psl genetik dan sewaktu dgnnya)
4. General Microbiology ( kuman dan lain2)
5. Biostatistics ( Pengiraan yg akn melibatkan situasi perubatan)

dan msklah pembelajaran secara 'sistem badan manusia yg 9 tuh' di semester 2 tahun 2...so far sistem ni sape yg tak start dr awl mmg dia akan terkandas..sbb material dia sgt byk termsk lab....then nasihat aku bg mereka utk belajar sistem ni silalah stadi dr awl..jgn last minute..

Semester 2 :

1. Hematopoietic and Lymphoid system (sistem peredaran limfa)
2. Cardiovascular System (sistem peredaran darah)
3. Respiratory system (Sistem pernafasan)

akhernya msklah summer sem di mana tiap2 hari bljr subjek sama utk 2 bulan lebih...tapi so far sgt menarik subjek2 dia....bolehlah....

Summer sem :

1. Immunology (Pertahanan badan)
2. Intoduction to Public Health (kesihatan komuniti)
3. Oral and Dental Health (Kesihatan gigi dan mulut --> subjek pilihan)

dan dengan berakhir sem ni berakhirlah hidup sebagai student seorg pelajar tahun 2 medik di JUST...insya Allah...mmg pengalaman yg lps benar2 menjadikan hidup aku lebih matang..bagaimana aku mengatasi kekecewaan dalam pelajaran??bagaimana aku mencari formula2 memperbetulkan keadaan setelah aku mensia2kannya...semuanya adalah roda kehidupan....pengalamanlah memandu hidup seseorg itu..dan insya Allah berdasarkan pengalaman inilah aku akan jadikannya sebagai perangsang utk masa akan datang......

........................................................................

Bila cuti membuka tirainya, pasti ramai student2 kat sini (Jordan) merancang cutinya dengan baik..ade yang merancang utk balik mesia bersua keluarga yang tersayang (sebak2), namun ade yang pergi melancong menambahkan pengalaman dan ada juga yang sudah merancang cutinya dengan sebaik mungkin walaupun tidak ke mana-mana...namun utk aku, aku tak merancang apa2 utk cuti ni...hanya aku berserah pada tuhan akan hari2 yang berlalu..semoga bermanfaat cuti aku ini dengan perkara yg berfaedah....insya ALLAH.....

n rasanya setakat ni je kot sbb takde idea...nak p tdo sbb dah pkl 4.30 pg....oklah selamat2 sumer....utk yg mengetag aku ltk gambar bdak2 kecik tuh aku tak lupa dan aku akan buat bila gambar-gambar dah dapat....ok bye...