Monday, July 24, 2006

Rahsia Kecantikan Pada Seseorang...

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.

Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan.Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.

Saturday, July 22, 2006

Ambo Oghe Kelate'

Berita Harian, 20 Sept 2005

Mengkaji evolusi menerusi Melayu Kelantan

BERKULIT sawo matang, berambut ikal, bermata kecil dan berahang kecil. Mungkinkah ini sebahagian daripada rupa asal orang Melayu di Semenanjung Malaysia? Adakah Melayu yang asli masih wujud di negara ini, siapakah mereka dan benarkah Melayu Kelantan adalah kumpulan Melayu pertama membuat penempatan di Semenanjung.

Pelbagai kajian mengenai asal usul Melayu di negara ini dilakukan ahli sejarah menerusi pelbagai bukti, termasuk penempatan serta bahan artifak dan kisah yang diperturunkan oleh nenek moyang.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada satu pun kajian genetik orang Melayu yang menetap di Semenanjung dibuat oleh mana-mana pihak. Sehubungan itu, 15 penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Genom Manusia universiti itu mengorak langkah melakukan kajian genetik manusia terhadap orang Melayu di Semenanjung selama tiga tahun mulai tahun ini.

Kajian ini akan melihat evolusi orang Melayu Semenanjung menggunakan pembuktian orang Melayu yang mula membuat penempatan di Tanah Melayu ialah Melayu Kelantan. Ia juga diharap dapat memberi manfaat kepada bidang perubatan berikutan pengumpulan profil genetik orang Melayu, termasuk mengaitkan profil genetik dengan tindak balas ubat dan kajian penyakit yang sering dikaitkan dengan kaum itu.

Pengarah Pusat Genom Manusia USM, Dr Zilfalil Alwi, berkata pihaknya memilih Melayu Kelantan sebagai asas kajian kerana yakin kumpulan Melayu di negeri itu masih ramai mengekalkan keturunan tanpa campuran dengan kaum lain. Katanya, dengan menggunakan kriteria ditetapkan misalnya bagi Melayu Kelantan, setiap responden perlu mempunyai ibu bapa dan datuk nenek berasal dari negeri itu, tempat lahir di Kelantan, keluarga menetap di Kelantan sejak dulu dan berterusan sehingga kini, Islam dan menggunakan loghat Kelantan dalam komunikasi harian.

"Orang Kelantan lebih tegas dalam memastikan anak mereka memilih pasangan berasal dari negeri ini juga. Berikutan itu, kita yakin kumpulan Melayu di Kelantan masih tidak terdedah dengan perkahwinan campur yang boleh menjejaskan genetik asal mereka," katanya ketika ditemui di USM, Kubang Kerian, baru-baru ini.

Dr Zilfalil berkata, dengan kajian menggunakan kaedah pengambilan darah dan calitan sel pipi, pihaknya akan memperluaskan kajian itu kepada orang Melayu lain di Semenanjung seperti Melayu Johor, Melayu Jawa dan Melayu Aceh.

Utusan Malaysia, 14 Julai 2006

Photobucket - Video and Image Hosting

Saya orang kelantan, saya orang kelantan.. haha.. klik2

P/S: nanti timbul citer orang Lille sebagai orang French sebenar.. ahaks!

Saturday, July 15, 2006

Apa erti CINTA sebenar????

Bila kita berbicara mengenai cinta, apa yang kita tahu sebenarnya dengan maksudnya.Adakah cinta ini sebenarnya satu perkara yang abstrak dan memang susah ditafsir atau adakah cinta ini, maksudnya terletak pada seseorang kerana setiap persepsi seseorang itu terhadap cinta memang berlainan. Jawapannya insyaAllah kita bincangkan bersama kerana ilmu yang berada di dada saya ini tidaklah terlalu banyak.

Mengapa tiba-tiba saya menyentuh bab yang boleh dikatakan sensitivitinya amat tinggi di kalangan muda-mudi zaman ini?? Tiba-tiba saya teringat ketika saya di bangku persekolahan dulu. Waktu tu darjah 3. Sekolah rendah agama masa tu menganjurkan summer camp atau lebih di kenali lagi dengan khemah ibadah atau tarbiyah. Teringat akan lagu tema program tu yang sentiasa dialunkan oleh penganjur dalam program tu dan kitorg peserta diwajibkan untuk menghafal dan mengalunkan bersama-sama lagu tu. Nak tahu camner lagu dia :

"Cinta 5 perkara"

Cinta kepada Allah,
Cinta Rasul, Cinta IbuBapa,
Cinta kepada ummah,
Cinta kepada kecemerlangan.

(lagu yang sangat singkat tapi mempunyai maksud yang amat mendalam)

Mari kita bahaskan tentang lima perkara yang menjadi asas dalam lagu di atas,

1. Cinta kepada ALLAH

Bila kita bercakap tentang ALLAH, cinta yang sebenar yang perlu ditunjukkan kepada-Nya adalah melalui ibadah kepada-Nya. Saya boleh kata jawapan ini kurang tepat(Fahamkan maksud kurang tepat dengan salah.). Kerana apa saya cakap jawapan ini kurang tepat?? Kerana cinta kita kepada ALLAH dilahirkan dengan iman, aqidah dan paling tepat sekali dengan ilmu dan dipraktikkan dengan ibadah kepada-Nya. Melalui ilmu kita mengetahui pencipta sebenar kita dan bila kita dah mengetahui akan lahirlah rasa cinta yang sebenar. Cinta yang agung melebihi segala-galanya.
Contohnya lihat kepada cinta Rabiatul Adawiyah kepada ALLAH dan Rasul-nya..

Rabiatul adalah seorang wanita yang paling warak dan zuhud, wanita yang mendapat taraf wali Allah. Tidak berlebihan bahawa Rabiatul adalah wanita yang paling cinta dan taat pada Allah Rasulnya yang pernah hidup selepas contoh teladan dan ikutan Ummatul Mukminin. Selama lebih kurang 80 tahun kehidupan Rabiah senantiasa penuh dengan zikir kepada Allah, anggota tubuhnya kurus kering kerana, malamnya penuh dengan tahajjud dan munajat, siangnya penuh dengan puasa dan majlis ilmu dan hikmat. Makanannya cukup dengan sepotong roti kering, sekadar pengganjal perut, kadangkala jika Rabiah terlalu miskin dengan harta dunia, masih ada orang yang menyangka bahawa Rabiah menyimpan harta di rumah gubuk yang sudah reput itu.

Seperkara lagi perlu diingat, asal cinta sebenarnya adalah dari ALLAH sendiri...Dunia ini dicipta atas dasar cinta pencipta kepada hamba-Nya, tidak lahir cinta dan juga kita melainkan cinta ALLAH kepada hamba-Nya sendiri.
(Perbetulkan diri in jika salah..)

Photobucket - Video and Image Hosting
Masya Allah indahnya...

2. Cinta kepada Rasul

Mari kita lihat apa yang dikatakan cinta kepada Rasul. Ajaran dan ilmu yang kita terima hari ini tidak akan sampai kepada kita jika bukan kerna usaha-usaha Rasul dan sahabat2 baginda. Dalam konteks zaman sekarang nih, cinta kita kepada Rasul amat dikagumi oleh Rasulullah pada masa baginda hidup, kerana apa?? kerana umat sekarang nih cinta kepada baginda dan turuti segala ajaran yang baginda bawa tapi tiadalah dari mereka seorang pun melihat wajah, kepimpinan, serta kejujuran baginda dalam memperjuangkan agama Allah. Dalam konteks lain,
Ada ulama bersepakat mengatakan :"Cinta kepada Rasul adalah meyakini kemenangannya, membela sunnahnya, tunduk kepada perintahnya dan takut menyalahi larangannya". berkata :"Makna Cinta adalah rindu kepada yang dicintai". Sebahagian ulama yang lain mengatakan :"Cinta adalah kesepakatan hati dengan keinginan ilahi, mencintai apa yang Dia cintai dan membenci apa yang dia benci". (Lihat Syarah Asy-Syifaa 2/578-579).

Photobucket - Video and Image Hosting
Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w..

3. Cinta kepada IbuBapa

Apa yang kita faham tentang cinta kita kepada ibubapa. Adakah bersahaja dengan mematuhi perintah dan menjauhi larangan mereka?? Cinta yang perlu dilahirkan kepada ibubapa terbahagi kepada 2, di mana cinta kita kepada mereka ketika mereka masih hidup dan cinta kita kepada mereka ketika diorang telah meninggalkan dunia ini. Ingatlah ibu bapa dalam konteks mereka menjaga kita tiada syarat yang mereka pinta, mereka memberi tanpa meminta balasan, memberi tanpa diminta oleh kita, mereka juga memberikan sesuatu yang amat berharga dan berupa kebaikan untuk diri kita. Redha ALLAH terletak pada redha kedua-duanya. Janganlah kita menyakiti hati keduanya ketika mereka masih hidup dan janganlah kita lakukan perkara keji ketika diorang telah pergi meninggalkan dunia kerana dengan perbuatan kita akan menyebabkan kedua-duanya terseksa. Doakanlah kebahagiaan mereka di kala anda sedih, gembira dan di mana jua anda berada. Doa-doamu kepada mereka amat diperlukan untuk amalan mereka. Kelak kita akan dibalas dengan kebaikan dengan anak yang soleh. Kelakuan kita kepada kedua ibu-bapa kita akan mempengaruhi kelakuan anak kita terhadap kita sendiri.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Ameen.

Photobucket - Video and Image Hosting
My Parent..

4. Cinta kepada ummah

Cinta yang selalunya menjadi konflik dan permasalahan pada zaman kini. Cinta ini mempunyai banyak cabang. Dalam kita membentuk ummah, cinta yang perlu kita pupuk adalah cinta di dalam keluarga dan seterusnya melalui kekeluargaan ini akan membentuk kelompok masyarakat dan kelompok masyarakat ini seterusnya akan membentuk ummah. Cinta kita kepada ummah juga bukan tersekat pada ummah pada masa sekarang nih, kita juga perlu cinta kepada ummah sebelum kita lahid untuk melahirkan semangat perjuangan dalam diri. Lihat bagaimana umat islam dulu mempertahankan agama ALLAH di atas muka bumi ini. Cinta dalam keluarga juga ada bhgnnya. Untuk cinta sbnr sesama manusia mari kita lihat artikel Al-Fadhil Ust Hanafi Abd Rahman (B.A Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar).

Photobucket - Video and Image Hosting
My family..

5. Cinta kepada kecemerlangan

Sape yang taknak cemerlang dalam hidupnya?? Siapa yang taknak hidupnya sentiasa dilimpahi dengan semua benda yang kita nak??? Cinta kepada kecemerlangan juga merupakan salah satu cinta yang sebenar perlu dihalakan. Kecemerlangan membawa martabat dan kecemerlangan mengangkat kemuliaan. Lihat kejayaan umat islam dahulu menjadi faktor kepada musuh2 tunduk kepada kita. Kecemerlangan kita dahulu juga sering dipuji dan mengangkat kemuliaan islam dan sering ajer kejayaan itu dikaitkan dengan agama islam. Kecemerlangan kita pada hari ini adalah untuk membawa kecemerlangan kepada orang lain di kemudian hari. Begitulah untaian kecemerlangan seterusnya akan membawa kepada kejayan keseluruhannya. Sedarlah kita skrg nih benar-benar berada di bawah. Marilah kita bangkit dan ayuh perjuangkan hak-hak yang sememangnya milik kita.

Photobucket - Video and Image Hosting
Apa erti kejayaan sebenar??

So, apa erti cinta sebenar??? Jom kita bincang kat comment..Ingat 5 perkara cinta di atas ni bukan di ambil dari mana-mana hadis atau quran tapi diambil dari lagu yang telah disebutkan kat ats...

Berilah pendapat anda yang bernas...

#Saje sentuh topik ke arah camni sikit pendekatan dia, sbb yang cinta sesama manusia macam kid dah sentuh jer...#

Thursday, July 13, 2006

Been Tagged By Someone(Dunno her name..)

WHEN YOU LOOK AT YOURSELF IN THE MIRROR, WHAT'S THE FIRST THING YOU LOOK AT?
~My Eyes (then my hair..)

HOW MUCH CASH DO YOU HAVE ON YOU?
~I don't know. JOD 80? Doesn't matter..

WHAT'S A WORD THAT RHYMES WITH "TEST"?
~Rest.(asek exam sajor..)

FAVORITE PLANT?
~Plant ? Flowers can? No

FAVOURITE GREEN PERSON?
~hmm. green. i don't know. hulk's green, but not my fave.

WHO IS THE 4TH PERSON ON YOUR MISSED CALL LIST ON YOUR CELL PHONE?
~erm.my friend,Male, Why???

WHAT IS YOUR MAIN RING TONE ON YOUR PHONE?
~ I don't wanna know..Mario Winans..

WHAT SHIRT ARE YOU WEARING?
~Naked body...(Nak hilangkan peluh lps men bola..)

DO YOU "LABEL" YOURSELF?
~erm. arewhere..recently "are-where-link"...

NAME THE BRAND OF YOUR SHOES YOU'RE CURRENTLY WEARING?
~im barefooted. at home maa.

BRIGHT OR DARK ROOM?
~Bright.

WHAT WERE YOU DOING AT MIDNIGHT LAST NIGHT?
~studying for exam today...

WHAT WAS YOUR LAST TEXT MESSAGE YOU RECEIVED ON YOUR CELL?
~From Zaid, "We, ko kat ner??"

DO YOU EVER CLICK ON "POP UPS" OR BANNERS?
~What's this??

WHAT'S A SAYING THAT YOU SAY A LOT?
~"Bangkai..."

WHO TOLD YOU THEY LOVED YOU LAST?
~Nobody..(Ni tak termasuk family kan...??)

HOW MANY DRUGS HAVE YOU DONE IN THE PAST THREE DAYS?
~does panadol count ?

HOW MANY ROLLS OF FILM DO YOU NEED TO GET DEVELOPED?
~i dunno.

FAVORITE AGE YOU HAVE BEEN SO FAR?
~suweet 17!(Sblm gi oversea..)

YOUR WORST ENEMY?
~enemy = hate. i dont hate people. i just dislike em.

WHAT IS YOUR CURRENT DESKTOP PICTURE?
~environment...ocean and hills..

WHAT WAS THE LAST THING YOU SAID TO SOMEONE?
~"eih menda ni...dah aa tuh aku taknak pk dah...aku byk lg exam nih..."(masa tgh chat dgn kwn..asek bhs arb sajor!!)

IF YOU HAD TO CHOOSE BETWEEN A MILLION BUCKS OR TO BE ABLE TO CHANGE A MAJOR REGRET?
~Major regret...tp apakan daya..setiap perkara ada hikmahnya..

DO YOU LIKE SOMEONE?
~yes...(sumer ade perasaan kan...??...jadik ianya normal sajer..)

THE LAST SONG YOU LISTENED TO?
~
God Blessed the Broken Road - Rascal Flatts

WHOM I WANNA TAG?
Kak Syifa..and Ejard...

Friday, July 07, 2006

Nikah vs Couple...

Pernikahan salafusoleh? Aaahhhh .terlalu indah untuk dibayangkan. Betapa tidak. Pernikahan pada waktu itu, tidak boleh disamakan…sama ada dari segi birokrasi persyaratan yang berliku-liku…tidak termasuk pula dengan pelbagai adat resam dan tatacara yang sulit dikaitkan dengan pernikahan…Ini belum lagi mahar yang mahal dan sederet perlengkapan ini dan itu…baik couple dari nikah dulu.....naudzubillahi min zaalik!!!

Semuanya ini menjadikan sebahagian pemuda atau pemudi terpaksa memperpanjangkan masa membujang sehingga batas waktu yang tidak tentu. Soal keperluan biologis? Untuk sementara, mereka masih ‘mampu’ mengatasinya. Walaupun batas kategori “mampu” yang dimaksudkan tidak jelas. Bahkan ada pula yang menganggapnya sebagai keperluan lain yang boleh ‘dibeli’ di luar. Na’udzu billah min dzalika.

Bagaimana dengan salafusoleh? Semua itu ternyata tidak ada di dalam kehidupan salafusoleh. Pernikahan mereka mudah, murah, bernilai dan penuh barakah.



salafusoleh mempunyai semangat yang tinggi untuk bernikah. Membujang tanpa uzur syar'i dilarang Rasulullah SAW. Dari sudut yang lain, mereka menyedari, banyak kebaikan yang tidak mungkin mereka temui selain melalui pernikahan. Di sinilah kuncinya, generasi salaf tak pernah bosan terhadap soal pahala dan kebaikan.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Dua rakaat orang yang beristeri itu lebih baik daripada tujuh puluh rakaat orang bujang."

Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Nikahilah wanita, sebab ia akan mendatangkan kekayaan."

Seorang sahabat yang bernama Syadad bin Aus ra, dengan penuh semangat berkata pada keluarganya, "Nikahkanlah aku, sebab Nabi SAW telah berwasiat kepadaku agar aku tidak bertemu Allah dalam keadaan membujang
…”

Marilah sama-sama kita merenung dan menyingkap kembali beberapa episod pernikahan yang membawa barakah ini
…..

vvvv Episod Pernikahan Seorang Hamba vvvv

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Rabi'ah al-Aslamy yang berkata:
“Aku adalah pelayan Nabi SAW, dan pada suatu hari baginda bertanya kepadaku, “Wahai Rabi'ah, adakah engkau tidak ingin menikah?"

“Wahai Rasulullah, aku orang miskin yang tak memiliki apa-apa dan saya ingin sekali mengabdi diri kepadamu."

Rasulullah SAW diam sejenak lalu bertanya lagi dengan pertanyaan yang sama. Dan Rabi'ah pun, menjawab sebagaimana jawapannya yang pertama

Rabi'ah kemudian berfikir, "Demi Allah, tentu Rasulullah lebih tahu akan kebaikan diriku di dunia dan akhirat dan apa saja yang boleh mendekatkan diriku kepada Allah. Jika Rasulullah SAW bertanya lagi, maka akan aku jawab bahawa aku mahu menikah"

Untuk kali ketiganya, Rasulullah pun bertanya, "Wahai Rabi'ah, apakah engkau tak mahu bernikah?"

Segera Rabi'ah menjawab, "Ya, saya mau bernikah, wahai Rasulullah!"

"Pergilah ke rumah bani Si fulan dan katakan kepadanya bahawa Rasulullah menyuruhmu menikahkan aku dengan puteri bapak!"

"Tapi aku tidak mempunyai persiapan apa-apa, wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW kemudian berkata pada para sahabat, "Kumpulkan untuk saudara kamu ini mahar sejumlah lima dirham."


sahabat segera mengumpulkan dana yang dimaksud Rasulullah. Setelah itu mereka pergi menghantarkan Rabi'ah. Tak lama kemudian, Rabi'ah pun menikah dengan puteri seorang sahabat yang dianjurkan oleh Rasulullah.

Bagi para sahabat, urusan pernikahan bukanlah tanggung jawab peribadi, melainkan merupakan tanggung jawab masyarakat dan jama'ah. Pernikahan mempunyai kaitan rapat dengan kepentingan dakwah, sekaligus merupakan unsur penting bagi melahirkan masyarakat muslim seterusnya lahirlah mujahid-mujahid baru penyambung amanah dakwah.

vvvv Episod Pernikahan Seorang Wanita vvvv

Imam Nasa
’i meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim berkata kepada Abu Thalhah ketika ia ingin mempersunting dirinya,

"Wahai Abu Thalhah, percayalah bahawa orang sepertimu jika melamar, maka lamarannya tak pantas ditolak. Tapi, engkau orang kafir, sedang saya wanita muslimah. Jika engkau mahu masuk Islam, maka itulah maharku dan aku tidak minta apa-apa lagi!"

Abu Thalhah menuruti kemahuan Ummu Sulaim. Ia masuk Islam dan itulah mahar yang ia berikan kepada Ummu Sulaim.

Tsabit berkata,
“Demi Allah, aku belum pernah mendengar wanita menikah dengan mahar semulia Ummu Sulaim."

Begitulah Ummu Sulaim memberi contoh bagi wanita-wanita lain dan generasi berikutnya. Pernikahan baginya bukan wasilah untuk hal-hal yang bersifat, maddiyah (kebendaan). Lebih dari itu, pernikahan merupakan sarana dakwah dan merekrut objek dakwah baru ke dalam Islam.

vvvv Episod Pernikahan Seorang Jutawan vvvv

Dari Anas bin Malik bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW terhidu bau minyak wangi dari tubuh Abdur Rahman bin Auf, lalu baginda bertanya,

"Bau apa ini, wahai Abdur Rahman?"

"Ya Rasulullah, saya baru saja bernikah dengan puteri seorang sahabat dengan mahar lima dirham."

"Semoga Allah memberkahimu dan adakanlah majlis walimah meskipun hanya dengan seekor kambing!"

Allahu Akbar !. Abdur Rahman bin Auf, salah seorang jutawan kaya raya pada zaman itu melangsungkan pernikahan hanya dengan mahar lima dirham manakala majlis walimahnya pula hanya dengan modal seekor kambing? Adakah kesederhanaan yang melebihi kesederhanaan Abdur Rahman bin Auf ? Seandainya Rasulullah SAW menyuruhnya melangsungkan pernikahan dengan mahar berjuta-juta dan mengadakan walimah dengan besar-besaran pasti ia mampu. Namun di sinilah, tampak ketinggian peribadi Abdur Rahman bin Auf. Ia telah memberi contoh teladan terbaik bagaimana semestinya menjadi orang kaya. Tidak boros dan menghambur-hamburkan wang yang merupakan amanah Allah.

vvvv Episod Pernikahan Anak Hartawan vvvv

Alkisah, Nuh bin Maryam seorang yang kayaraya pada zamannya. Dia mempunyai seorang puteri rupawan, bertakwa dan solehah. Sudah menjadi lumrah apabila bunga sedang mekar di taman, ramai pula yang ingin menyuntingnya. Tidak sedikit yang datang melamar malah mereka semua bukannya calang-calang calon. Diantranya terdiri daripada hartawan, berkedudukan tinggi juga berketurunan mulia. Namun tak satupun dari mereka yang diterima. Mereka semua tak sesuai dengan
“standard” yang diinginkan oleh Nuh.

Kerana sudah seringkali menolak lamaran, ia dituntut untuk kemaslahatan puterinya mencari alternatif, yang pasti kualitinya mestilah lebih baik dari orang-orang yang pernah datang kepadanya.
Nuh bin Maryam mempunyai budak hitam dari India yang bernama Mubarak. Suatu hari, ia menyuruh Mubarak menjaga kebun miliknya selama dua bulan. Pergilah Mubarak ke kebun yang dimaksudkan oleh tuannya. Setelah berlalu dua bulan , Nuh bin Maryam datang melihat-lihat kebunnya dan ingin tahu hasil kerja Mubarak. Sekaligus ingin merasa buah-buahan yang ada di kebunnya.

Ia menyuruh Mubarak memetik buah-buahan yang manis untuknya. Mubarak pun segera memenuhi perintah tuannya. Alangkah terkejutnya Nuh sebab buah-buahan yang dipetik oleh Mubarak ternyata masam dan tidak layak untuk dimakan.

Nuh bin Maryam menyuruh Mubarak memetik buah-buahan yang manis sebanyak tiga kali. Tapi hasilnya sama seperti yang pertama, masih masam dan mentah. Kalaulah Nuh bukan seorang yang penyabar sudah tentu ia akan marah dan menghukum Mubarak. Namun dengan bijak dan tenang, Nuh bertanya kepada Mubarak. Dari sinilah sebuah sejarah bermula
…..

"Wahai Mubarak, kenapa engkau tidak memetik buah-buahan yang manis untukku, bukankah sudah dua bulan engkau menjaga kebun ini?"

"Tuanku, tuan hanya menyuruhku menjaga kebun ini dan tidak menyuruhku memakan buah-buahan yang ada di kebun ini!"
Nuh bin Maryam terkejut mendengar jawapan Mubarak. Tapi di sela kekagetannya, ia rasa semakin hampir pada pencariannya. Ya, orang seperti Mubarak inilah yang dicari-cari. Ia berfikir apakah hadiah yang paling tepat harus diberikan kepada orang sejujur Mubarak.
Akhirnya, ia menemui jawapan. Puterinya yang menjadi rebutan adalah hadiah paling tepat diberikan kepada Mubarak. Pada mulanya Mubarak menolak tawaran ini , tapi akhirnya ia menerima tawaran "hadiah" tuannya
….

Lalu berlangsunglah pernikahan antara dua insan yang berbeza status sosial, tapi sama dalam agama, akhlak, takwa dan amanah.
Pernikahan Mubarak benar-benar
“mubarak”. Hasil dari pernikahannya itu, lahirlah bayi laki-laki yang diberi nama Abdullah bin Mubarak yang menjadi ulama besar pada zamannya dan masyhur dengan ketaqwaan dan keberkahan ilmunya.

So, think bout it...

Thursday, July 06, 2006

Kasih sayang dan keperitan kehidupan seorang bapa...

First of all, aku nak cakap kat korg sumer takyah lah nak tag aku lagi bout my family, coz it makes my heart touch...sometimes makes my eyes tears..tak caye tanya mando di kala aku melihat citer A Walk to Remember..part mana aku seakan-akan berair mata...bukan part jiwang ek...tapi part hero tu berbaik dgn bapa dia...

Oklah..sbb Halfi dah tag aku...maka aku buat jugaklah......dan aku peringatkan sekali lagi ini tag kali terakhir pada aku bout family

My dad...his name is Wan Ismail bin Wan Mamat...seorg yg mmg aku plg respect spjg hidup aku...seorg yg paling tabah dalam menempuhi hidupnya...seorg yg ingin membuka lembaran baru dalam kehidupan anak-anaknya dan mahu menutup segala lembaran masa silamnya...

Beliau anak ke-5 dr 6 adik beradik...tp akk beliau(anak ke-3) meninggal dunia masa kecil lagi.. (Papa cakap akk dia meninggal ms umur 2 tahun...tak sempat jumpa..)Beliau dilahirkan di Kota Bharu,Kelantan..merupakan anak jati negeri Kelantan...tp sayang umurnya 10 tahun ibunya dah pergi meninggalkan dunia...(Al-Fatihah)..papa cerita macam-macam kesusahan yg ditimpa...dia kata untung dapat mak hidup lagi...basuh baju, masak, pegi cari mknn umur 10 tahun dah kene buat keje dah (pk aa plak korg umur 10 thn ms nih tgh watper..)...lg2 adik dia pompuan(makcik aku)...kecik2 dah kene cari rezeki (umur 6 tahun)..menjahit...mmg ssh hidup ayh aku dulu...ayh dia pun(atok aku)hanyalah pemandu lori..pakai kasut atau baju bertampal-tampal...mmg terasa perbezaan hidup dia dgn hidup aku skrg nih...pegi ke sekolah bayar yuran pun kena cari duit sendiri...buku teks kengkadang pinjam dr jiran2 yg ade....atau takpun pinjam dr sedara2 dia...

Tp kesusahan yg beliau lalui ni tak membantutkan usaha beliau dlm pelajaran....beliau berminat dlm bidang berniaga nih sbb dr kecik dah mula berniaga...dan pemerhatiannya jugak pada abg-abg mama..(pakcik sblh mak)..masa nih umur papa 18 tahun tapi umur mama masa nih 9 tahun...sejak dari tu sejak dia habis sekolah(tgh tggu result katanyer)dia tolong arwah mamatok(mak belah mama)...berniaga..restoran masakan kelantan kat Melaka(tp restoran tu dah lame ttp...)...dia tolong sehingga dia dpt twrn buat A level kat Shah Alam...tak tahu aa brape tahun...tapi Papa ade cakap gak dia pegi USA ms umur 21 thn selama 3 tahun..utk further study....MARA punya pinjaman...tp masa time kat USA tuh dia pernah ckp gak yg dia dpt biasiswa tp dia tak sempat nak tukar sbb masa tu sibuk exam...nak citer dia kat USA ni pun mcm terharu gak aa....masa time nih blum ada bdak lagi kat USA...ade lah 5 org senior kat ctuh....jadi tempat tinggal diorg pun duk kat dlm kontenna kosong..(kontenna diorg buat rumah??)...

Jadiknyer senang citer graduatelah ayah aku dari Michigan University...macam-macam dia tunjuk gambar kat USA tuh..kira best gak aa....(ni buat aku nak ke oversea gak..hehe..)..bila dia balik tuh..dalam mencari kerja tuh...dia pk balik apa yg dia patut jadik sbnrnyer..businessman atau lecturer....jadik dia memilih utk jadi lecturer....Papa ada ckp papa nak tolong bangsa-bangsa melayu nih..bkak mata ttg bisnes....jgn jadi pemalas...biarlah dia punya peluang bisnes hilang..sbb dia yakin dgn pertolongan dia kpd bangsa2 melayu nih akn menaikkan martabat melayu...(skrg nih ramai ex-student papa dato'-dato') kadang2 msa time tanda kertas peperiksaan bdak2 nih..dia tunjuk kat aku kalau markah student dia rendah dia mesti cakap.."jgn jd camnih, bdak2 nih mesti pk msk U jer nak enjoy..tak pernah pk camner ayah mak diorg ssh dulu..."(terkesan sampai skrg...)...dia bekerja kat UiTM tuh dr lps dia graduate smpilah skrg...(atau sng citer dia kerja sampai dia bersara...)...

tp tu aah..kadang-kadang dia ckp kat aku time aku nak gak amik sains tulen dulu..knaper tak suka bidang-bidang bisnes..kalau tak senang jer Papa nak turunkan..tp ckp dia gak tak kesahlah nak amik per...aslkan bende tu aku minat dan berfaedah....he always support me from da back...also mom.....masa time aku form 1 dulu...selalu jer ajk ke surau taman kitorg tuh...(ms time form 1 nih aku msk skloh hafiz quran MTIB..)...pastu ditolak aku jadik imam kat dpn b...selalu sgt dia buat camnih..jemaah2 lain pun sgt yakin dgn aku....kadang2 tuh sampai tarawih pun dia cadangkan dlm mesyuarat surau supaya aku jadik imam..tp hanya sempat seminggu jer dlm bulan Ramadhan tuh...

Beliau jugak selalu buat aku bermotivasi...selalu ajer bg nasihat..kadang-kadang kalau aku rasa aku dah salah..aku tetibe terpk cara hidup dia dulu..mmg tak thn sedih dgn kehidupan yg dia lalui dulu....Tp papa ni mmg habit dia tak suka tgk TV..asik nak membaca ajer keje dia...(tp ade gak kadang2 tuh dia tgk gak tv..utk luangkan masa dgn family katanyer....cth AF..)....pastuh alhamdulillah musim haji tahun hijrah lepas, papa mama dah settlekan....sggh gembira bila aku dpt panggialn tepon dr diorg...aku nakkan diorg gak dtg cnih utk tgk aku graduate kat cnih pastu aku nak bawak pap mama jalan-jalan di bumi Allah nih..(mesir, jordan, syira..)...

Photobucket - Video and Image Hosting
Masa nih dua hari sblm aku ke Jordan..

Photobucket - Video and Image Hosting
Time raya baru nih....

Photobucket - Video and Image Hosting
Wah bestnyer raya.....nak balik raya kat mesia....warghh..

Photobucket - Video and Image Hosting
Mabrur..mabruran....tahniah dah mengerjakan haji kpd papamama..giliran ijam plak...

Photobucket - Video and Image Hosting
Nak feeling gambar lama gak masa kecik2 dulu.....feeling cam bro zaki..tp buat ms nih ade satu je lah..nnt blk mesia jumpa gamabr lama byk2..sy buat blog psl nih plak..hehe...

# Italy go Italy...sbb France dah kalahkan Brazil aku...

Saturday, July 01, 2006

University dah start, camne ni ek??

Erm..actually nothing happened all over dis week..just a life as a student...bgn pagi lbh kurang kul 10.15 pg..then kul 10.30 siap2 pegi U...lbh krg kul 11.30 tuh sampai aaa kat U..then klas start dlm kul 11.45 pg....stp hr subjek yg sama....camnilah ulang2 stp hr sampailah abes sem nih...

Spttnya bdak2 cam kitorg kat oversea ade cuti msm pns tp Jordan nih pelik aa plak takde cuti musim panas..kalau tak caye, cuba tanya kat bdak New Zealand, Ukraine, Mesir..bla..bla..bla..sian gila aa kat kitorg nih...dahlah panas dia cam nak terbakar dah kulit nih....aku rasakan cam ade je sinaran ultraviolet yang terlepas....habeslah hitam terbakar aku balik mesia nih...terpaksa stopkan hobi aku iaitu berenang...kalau tak mmg blk ni aku kena pakai mask aa...Panas dan Bahang...

Kali nih klas aku cam best gak aa sumer....langsung takde bdak pompuan mesia kali nih..just sorg je kot tp itupun utk satu klas jer...

Ok bout the subjects....

General Biochemistry : Best giler lecturer dia...mmg dah siapkan utk kitorg dah slide dia..dia wat senirik slide dia...cuma yg bosannyer sbb lecturer ni ajar laju sgt..baru je seminggu klas dah 3 bab lps..bapak aa dia camnih..matilah aku tak tercover subjek nih...pernah sembang gak dgn dia nih..org Iraq...satu-satunya kelas aku summer sem ni speaking English...tp bila tgk kat Biochemistry aduish cam killer subject (walhal mmg killer subject pun!!)...doa2kanlah aku berjaya lps subjek ni dgn mudah...

Photobucket - Video and Image Hosting
Terpaksa jadik faveret..

Visual Basic : Ni pun subject best gak..bout computer....how to create window application...(ni slh satu keyword yg aku pegang sampai skrg nih..)....tapi lecturer yg mengajar ni adlh lecturer muda..sekitar umur 26 thn rasanyer...lelaki...pakai baju saje bkak butang ats...takper..oleh krn dia baik dan hensem...(aku rasa balik mesia jadik model ni mahal gak dibayarnya..)...tp yg tak bestnyer dia speaking arb..kenalah dgr penerangan dlm arb...cuma methodology dia dlm English..seb bek aa Eng...kalau tak mati aku asek dgn arb..

Photobucket - Video and Image Hosting
Potostat sajor..

Natural Resources : Optional Course katanyer...satu-satunyer subjek aku nampak harapan utk summer sem nih..bljr bout Geografi...world and Jordan...(nak tah gak ape yg bestnyer Jordan nih dr Mesia..alah rupa2nya bhn mentah kat Jordan nih ade 2 jer : Phosphate dgn tak igt plak..)...tp pljrn dia mmg sgt simple...no text book yg bpk pdt dia punya tulisan..just slide doctor sajer...

Photobucket - Video and Image Hosting
Slide doctor ku..

and then smlm junior menganjurkan perlawanan bola sepak terakhir(boleh kata perlawanan sblm senior2 star blk mesia..) lawan dgn senior Irbid (actually team diorg hntr kali nih team piala duta...)..utk pengetahuan sumer junior irbid sbnrnya tak pernah menang dgn senior...tp tak kisah aa..senior yg kitorg men nih pun senior yg naib johan piala duta mesia dan johan piala duta thailand..jadik cam ssh gak utk kitorg ni utk jatuhkan diorg...

Bout yesterday match..kitorg junior mmg perform plg baik yg pernah kitorg buat....jd senior cam agk ssh utk shoot byk kali nih..cuma kali nih giliran junior main cam sengal sikit kat bhgn striker(aku lah tu yg sengal..)ade lbh kurang 15 shoot...8 aku buat : 3 gol, 3 kena tiang, 2 lg mmg sengal gila psl bolot....pastu ejard ade satu shot smlm..shot on goal gak aa..tahniah kpd maradonna irbid, ejard...tp sygnyer keeper senior mmg takleh lwn aa....ditepis bola ijat tuh...takper ijat kita cuba hbs2an buli junior thn dpn...huhu...tapi akhir perlwnn tuh kitorg klh dgn 7-4...uish jauh giler tinggal...senior lebih makan garam dr kitorg...(kata orang tua-tua..)...

Ok aaa...stop cni...Brazil punya match mcm tak lama dah nak start..wajib usha nih....ok geng..bye...

Photobucket - Video and Image Hosting
Ronaldo's back....