Sunday, February 11, 2007

APA NIAT KITA?

Tetibe cam tertarik je dgn sumpah yang dibuat oleh Persatuan Perubatan Mesir. Rasanya macam baru je nak perbetulkan niat.

IKRAR PENGAMAL PERUBATAN MUSLIM

Saya bersumpah demi Allah Yang Maha Agung :

Untuk menyedari tentang pengawasan Allah dalam melaksanakan tugas saya;

Untuk melindungi nyawa manusia di semua peringkat dan dalam semua keadaan, berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka daripada maut, penyakit, kesakitan dan kebimbangan;

Untuk menjaga kehormatan manusia, melindungi aurat mereka dan menyimpan rahsia mereka;

Untuk menjadi wasilah kerahmatan Allah s.w.t., menghulurkan rawatan perubatan kepada mereka yang dekat dan yang jauh, yang salih dan yang berdosa serta kepada kawan dan lawan;

Untuk berusaha mencari ilmu dan menggunakannya bagi kemanfaatan dan bukan kebinasaan manusia;

Untuk memuliakan guru saya, mengajar mereka yang lebih muda daripada saya dan menjadi saudara kepada semua rakan dalam profesion perubatan, bekerjasama dalam kebaikan dan ketakwaan;

Untuk menghidupkan keimanan saya dalam keadaan rahsia dan keadaan nyata, mengelakkan apa-apa yang boleh mencacatkan saya pada pandangan Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman,

Dan semoga Allah menjadi saksi atas sumpah ini.

Marilah sahabat-sahabiah sumer tidak kira apa kita amek kita tetap dlm pengawasannya. Perbetulkan niat kita dan sebaik-baik pekerjaan adalah pekerjaan yang halal dalam semua segi dan rezeki yang banyak adalah 9/10 dari rezeki yang Allah limpahkan iaitu perniagaan.

Saturday, February 10, 2007

Keris Taming Sari...Pantang menyerah sebelum berdepan

Bunga tanjung di tepi tasik,
Dipetik untuk dibuat hiasan,
Kalau tuanku hendakkan patik,
hatta nyawa sanggup dikorban.

yeah....kling..klung..klang..klak...(bunyi keris bertembung)..yeah finally start sem baru, sem ke-2 utk tahun 2 nih..another 2 sem to go...pertarungan bermula....tapi sblm tu nak citer gak cuti-cuti yg dah diisi sepanjang seminggu lepas...sbnrnya takde aper yg menarik cuma jadual harian seperti seorang penganggur..lepas ni waktu tidur kene set balik jadik waktu tidur student dah.....dari 10 jam kene kurang jadik 6 jam jer....harap-harap sem kali nih aku berjaya mengharunginya dengan kejayaan yang menanti di hadapan...

minggu lps housemate ak ke syria dan tinggallah kami berdua, iaitu awe dan mando menghabiskan sisa-sisa cuti di irbid....bermain game, menonton2 cerita, berjalan-jalan ke amman, dan bershopping...owh bila ckp psl shopping....hr tuh aku dan afiq ke amman ingat nak amik duit zakat jer tapi rupanya hbs bershopping sakan baju-baju, seluar jeans dan khakis serta baju jeans...ni sumer psl ade sale yg mantop kat amman dlm 50%.....so time blk tuh byk lah brg nak di bawak...lebih kurang dlm RM250 kitorg hbs utk sorg.....pasnih dah tobat dah taknak pegi mane2 lagi kalau time tgh sale kalau tidak kompem beli.....

erm baru2 nih persatuan kat sini ade anjurkan permainan tradisional...dpt wakil team main tutup botol (time kecik2 boleh kata star gak aa) dr beberapa jenis permainan seperti ting-ting, baling tin, dam haji, regu dan lain2...tapi apakan daya star2 org bandar, org kampung jugak menang....jadiknyer nak senang citer kalah....tapi kalah-kalah aku pun ade gak point yg disumbang masuk ke team dan campur-tolak sumer akhirnya menyebabkan kemenangan team aku time tuh....menyandang juara permainan tradisional.....yezza....Gerbang Kayangan(nama team aku)......

And hari ni hari sabtu hari last aku berfoya-foya so aku hbskan masa dipaginya tidur lebih masa sket, bermain bola, mencuci gambar, mengemas bilik, membeli belah barang rumah pada malamnya..n now i'm going to sleep.....waaa sedihnyer tapi apa-apapun cuti lain kali kena manfaatkan betul2.......so, strive 4 success........

Monday, February 05, 2007

TMM 2007..Pemandu teksi terjerat dengan taktik JPJ

Pagi hening. Malam semalam hujan satu hari. Nak kuar rumah pun payah even nak makan nasi kat luar pun. Mungkin ade hikmahnya takleh makan luar psl aku pun makin risau dgn bdn aku nih yg mkn menjd2 sejak masuk musim sejuk --> suka makan banyak. Hujan makin lebat bila malam mula melabuhkan tirainya dan sejuk pula makin menjadi2. Nak taknak mlm tuh cepat2 pegi turun kedai, beli gas utk sobah yg kali ketiga sepanjang musim winter nih. Sejak ade sobah nih macam nyaman dan selesa jer menikmati winter tanpa siksaan yang melampau pada tulang-tulangku ini disebabkan kesejukan yang melampau. Dan sekarang ni, berbaki 5 hari lagi cuti before i begin my tough journey in da next sem. Buat masa sekarang nih kena bersedia dari segi mental , rohani , dan fizikal.

Owh yer, dalam cuti 2 minggu nih, dalam 3 hari, i spent my vacation at aqaba and wadi rum. Percutian ni dipanggil sebagai percutian "Rehlah Bujang Ambang 20-an" --> lmbg tak kahwin lg. Kitorg yg bernasib malang pd tahun lps tak dpt pergi Wadi Rum terpaksa buat sendiri tahun nih utk mengetahui keajaiban alam yang ada pada dunia ni. Takde ajaib pun sbnrnyer tp kagum sbb lighting matahri pada bukit macam lighting kamera kat poskad. Sgt2 lawa. Pastu merasai BBQ seafood yg tidak seberapa di selatan jordan seperti ikan merah, ikan kembung(ni pun nk mkn gka ker..?, sotong, dan udang..eheh..udang2 tak mkn psl mhl plak...). Dapat juga merasa di bumi jordan nih. Ingat takder lagi dah. Terus nak pergi borong kat carrefour kat amman pasnih psl afiq kata ade jual kat sane dgn harga murah. Pastu da rest of my holiday in irbid. Sedeynyer..usha2 movie, bermain2 dgn kucing iqbal(senior thn 3..pandai dia tgk tv), men game dan bermcm2 lg. Owh ni ade gmbr tp mando ade edit sket ltk tulisan2 tuh tp mmg sedia lawa sbb kamera pun lawa. Kalau kamera lawa, harga pun lawa gak lah kan. Dah merapik meraban plak kat sini.

Photobucket - Video and Image Hosting
Driver2 yg cekap dan seorang organizer yang penat.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni gmbr perfect gak...album baru kami bertajuk.. "Ambang 20-an"

Photobucket - Video and Image Hosting
Ade mcm poskad tak..tp seriyesly mmg lawa giler tgk dgn mata sendiri..

Photobucket - Video and Image Hosting
name gambar ni pun ala-ala cam citer Wukong and da geng...

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersantai di antara--> gunung ke bukit??

Photobucket - Video and Image Hosting
Ade mcm cover album "Peter Pan" yg baru ker...tapi nama kumpulan "Peter Petrelli"

Photobucket - Video and Image Hosting
on da way to aqaba..

Photobucket - Video and Image Hosting
Ejard buat aper tuh? hehe..sori jard..

Photobucket - Video and Image Hosting
30 something above paras tanah padag pasir..bukan laut yerk...

Ok..sekian..